Follow Us @syahbinar

Tentang Syahbinar

Hai.. Assalamualaikum..

Nama penuh aku Syahbinar binti Shuib. Nama panggilan aku sebenarnya banyak. Hahah. Aku ada buat satu entry tentang namaku, boleh baca di sini. Usiaku sudah mencecah 23 pada tahun 2017 ini.


Aku mula berblog sejak tahun 2010, masa tu aku masih lagi bersekolah di Tingkatan Empat. Dah agak lama jugak kan. Sebenarnya, ini merupakan blog aku yang kedua. Sebelum ni aku menggunakan peanutstory.blogspot.com kemudian tukar ke syahbinar.blogspot.com dan akhirnya aku mempunyai domain sendiri syahbinar.com yang sekarang inilah. Hihi hasil daripada tajaan orang. Kenapa aku tidak menggunakan sahaja blog yang dahulu adalah kerana aku rasa macam kelakar pun ada hahah. Maluuu je nak sambung, zaman budak-budak kann. Takpelah biar simpan jadi kenangan. Sekarang blog tu masih lagi ada, cuma aku dah pun private untuk aku sorang sahaja.

Aku dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Langkawi. Pulau kecil yang terlalu memberi makna dan ketenangan bagiku, pergilah sejauh mana pun pulau ini juga yang tetap dihati, takkan sama dengan tempat yang lain. Aku tinggal di sebuah kampung yang dikelilingi sawah padi. Sekarang ni aku masih lagi belajar di sebuah universiti awam di utara semenanjung. 

Pada masa lapang aku suka pergi ke tempat-tempat yang indah seperti pantai dan sebagainya. Aku gemar mengambil gambar alam, laut, pokok-pokok, yang banyak memberi ketenangan dan inspirasi kepadaku. Semestinya gambar-gambar tu semua aku post di Instagram. Lebih beruntung lagi dalam mengambil gambar alam sebegini, aku ada beberapa orang rakan yang sekepala juga. Hihi


Selain itu juga, pada waktu cuti aku sering mencuba memasak sesuatu yang baru. Kadang tu ada juga masakan yang aku buat tak menjadi hehehe. Jadi aku ambillah kesempatan ini untuk berkongsi beberapa resepi yang aku cuba masak. Di samping itu, aku juga pernah belajar menjahit dahulu, ada la basic kemahiran sikit-sikit tu setakat nak buat baju untuk diri sendiri. Menulis blog ni umpama macam menulis diari jugak, jadi mungkin ada juga cerita-cerita yang aku merapu disini. Hoho

Last but not least, aku harap semua orang enjoy membaca blog ni dan dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada orang. *Ntah-ntah takde orang baca pun. Hahaha*