Follow Us @syahbinar

Tuesday, 10 January 2017

Nasi Ayam

Harini menu sekeluarga aku ialah nasi ayam. Hoho. Sebenarnya, dah berapa hari dah cakap dekat mak nak buat nasi ayam, maka hari ini lah kejadiannya. Nasi ayam aku ni kira yang simple dan mudah untuk diikut, inshaAllah menjadi dan sedapp. Hihi. Ada beberapa bahan dan langkah untuk membuatnya, daripada sup, kuah sambal, kicap, ayam, dan nasi.  Kita pergi satu-satu ye. 

Hasil gambar tak lawaa..huhu sebab lighting kot

Bahan-bahan dan cara-cara membuat nasi
- Bawang merah
- Bawang putih 
- Halia
- Daun pandan
- Kiub ayam
- Sedikit minyak dan marjerin
- Kulit kayu manis (optional)
  1. Panaskan minyak bersama marjerin. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dihiris. 
  2. Kalau masak nasi menggunakan rice cooker, masukkan bahan tumisan bersama beras yang telah dibasuh bersama air. Kalau masuk menggunakan dapur gas, teruskan je masuk air selepas tumis tu. Kemudian masukkan daun pandan, beras, kiub ayam, kulit kayu manis. 
  3. Jika menggunakan rice cooker, tunggu sehingga nasi masak. Jika menggunakan dapur gas, kacau sedikit, lepas tu tunggu je sampai masak.
Bahan-bahan dan cara-cara membuat ayam 
- Ayam yang telah dipotong
- Sos tiram 
- Kicap
- Madu
  1. Rebuskan ayam sekejap je. Kemudian biarkan air rebusan tu untuk kegunaan nanti.
  2. Perapkan ayam bersama sos tiram, kicap, dan madu. Kalau rasa nak tambah garam pun boleh.
  3. Perap selama 1 jam, lagi lama perapan tu lagi sedapp lahh.
  4. Panaskan minyak, biar betul-betul panas. Gorengkan ayam dengan api yang perlahan, jangan biar hangit pulak.
Tips menggoreng untuk bau sedap, boleh goreng bersama daun pandan

Bahan-bahan dan cara-cara membuat sambal
- Tomato
- Cili besar 
- Cili padi
- Gula dan garam 
- 3 sudu besar air rebusan ayam
- Sedikit cuka atau perahan limau nipis 
  1. Masukkan 3 atau 4 cili besar dan cili padi yang telah dipotong. Kuantiti mengikut citarasa korang lah.
  2. Sebiji atau setengah tomato yang dipotong. Kalau taknak masam sangat boleh letak separuh je.
  3. Kisarkan bersama 3 sudu besar air rebusan ayam tadi.
  4. Masakkan bahan yang dikisar tadi diatas api, kemudian perasakan dengan gula, garam, cuka atau perahan limau nipis. Kacau sehingga agak mendidih.
Bahan-bahan dan cara-cara membuat sup
- Air rebusan ayam
- Sup bunjut
- Kiub ayam
- Halia 
- Daun pandan (optional)
  1. Panaskan semula air rebusan ayam tadi, kemudian tambahkan kiub pati ayam.
  2. Masukkan sup bunjut, halia.
  3. Kalau nak bau wangi lagi boleh masukkan daun pandan. 
  4. Perasakan dengan garam atau seasoning, kacau dan biar sehingga sup masak
Bahan-bahan dan cara-cara membuat kicap
- Lebihan perapan ayam tadi
- Sedikit kicap
- Cili padi ditumbuk

  1. Ambil lebihan perapan ayam tadi yang dicampur dengan kicap, sos tiram, dan madu.
  2. Masak di atas api, tambahkan sedikit kicap lagi kalau kurang.
  3. Boleh tambahkan sedikit cili untuk pedas. Kacau sehingga agak mendidih.