Follow Us @syahbinar

Monday, 30 January 2017

Murtabak Maggi

22:11 0 Comments
Malam tadi tetiba terasa lapar, lalu tengok bahan apa yang ada kat dapur tu dan terlintas untuk buat murtabak maggi. Hoho. Sebab cara nak buat ni adalah simple dan cepat je. Sesiapa pun boleh cuba buat masakan ni di rumah.

Bahan-bahan:
1 peket Maggi Kari (pastikan perisa kari barulah sedap)
3 biji telur
Daun bawang dipotong
Bawang besar dipotong kecil
Sosej atau jejari ketam dipotong (optional)

Cara-cara:
  1. Celur maggi dalam air yang panas, jangan sampai kembang pulak. Kemudian toskan maggi tersebut.
  2. Pukul telur di dalam bekas, masukkan perencah kari yang terdapat dalam peket maggi. Kacau.
  3. Masukkan pula daun bawang, bawang besar, sosej yang telah dipotong tadi.
  4. Masukkan maggi ke dalam campuran tadi. Gaul kesemuanya.
  5. Panaskan minyak sedikit dalam pan, jangan guna kuali pulak nanti tak jadi elok. Tuangkan maggi ke dalam pan, dan tekan-tekan sedikit biar maggi tu mampat.
  6. Bila kedua-dua belah dah agak garing dan tak bercerai maggi tu bolehlah diangkat. Tapi part nak terbalikkan tu memang agak mencabar hahaha sebab dah tebal lembut takut bercerai. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Hehehe.. rupa tak berapa nak cantik sangatt. Asalkan rasa sedappp.


Friday, 20 January 2017

Somtam Thai

21:30 0 Comments
Siapa kat sini yang suka makanan Thai? Kalau peminat makanan Thai pasti tak terlepas untuk rasa sejenis makanan Thai yang dipanggil Somtam ni. Kalau pergi ke Thailand, ini adalah antara menu yang harus dirasa lah. Somtam ni ala-ala kerabu juga yang berasaskan betik dan campuran lain. Rasanya mestilah sedappp! Masam-masam pedas gituuu. Bagi sesiapa yang ingin mencuba somtam ni, bolehlah follow resepi di bawah ye.

Bahan-bahan:
1 biji betik muda (disagat)
Separuh mangga muda (disagat)
1 batang carrot (disagat)
5 biji cili padi (Ikut selera) 
6 ulas bawang putih 
2 sb udang kering 
5 sb gula kabong (warna putih dan likat, kalau takda boleh guna gula pasir biasa) 
4 sb sos ikan 
3 biji limau nipis 
2 biji tomato dipotong 
Kacang tanah digoreng tanpa minyak (nak tumbuk sedikit pun boleh)
Ikan bilis digoreng
Kacang panjang dan sayur kangkung dipotong (optional)

Cara-cara:
  1. Tumbuk kasar cili padi, bawang putih, udang kering, bersama kacang panjang.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam bekas besar yang berisi bahan disagat (betik, mangga, lobak merah).
  3. Masukkan gula, sos ikan, perahan limau nipis, tomato, sos ikan. Gaul ke semua bahan.
  4. Adjust rasa masam, manis, pedas mengikut citarasa yang diingini, bergantung kepada gula, perahan air limau nipis, dan cili.
  5. Apabila rasa telah sebati, bolehlah dimakan bersama kangkung, serta ditabur dengan kacang tanah dan ikan bilis digoreng rangup.
Masa buat ni kacang panjang takda pulak. Memang tak umphh lahh.
Kalau di Thailand sana, mereka terus masukkan semua tu ke dalam lesung dan ditumbuk sedikit menggunakan lesung yang besar tu.


Wednesday, 11 January 2017

Sambal Udang

14:40 0 Comments
Antara menu untuk lauk makan tengah hari tadi ialah sambal udang. Walaupun harga seafood, ikan semua agak mahal sekarang ni, tapi udang tetap menjadi pilihanku. Udang ni masak apa je pun sedap tauu. Kalau korang nak guna resepi ni untuk masak udang sambal petai pun boleh jugak, nanti tambah la.

Bahan-bahan:
- Udang yang dibasuh
- Cili kisar
- Bawang merah dan bawang putih untuk menumis
- Asam keping atau air asam jawa
- Garam dan gula

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehinggga naik bau.
  2. Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang merah, bawang putih, dan sedikit halia. Kacau.
  3. Masukkan asam keping atau air asam jawa, perasakan dengan gula dan garam. Kacau dan biar sehingga pecah minyak.
  4. Kalau sambal agak kering, boleh tambah sedikit air.
  5. Akhir sekali masukkan udang, kacau dan biar seketika. Sedia untuk dihidangkan.

Kalau dapat udang yang besar sikit nii lagi bestt. Fuhhh



Tuesday, 10 January 2017

Nasi Ayam

23:24 0 Comments
Harini menu sekeluarga aku ialah nasi ayam. Hoho. Sebenarnya, dah berapa hari dah cakap dekat mak nak buat nasi ayam, maka hari ini lah kejadiannya. Nasi ayam aku ni kira yang simple dan mudah untuk diikut, inshaAllah menjadi dan sedapp. Hihi. Ada beberapa bahan dan langkah untuk membuatnya, daripada sup, kuah sambal, kicap, ayam, dan nasi.  Kita pergi satu-satu ye. 

Hasil gambar tak lawaa..huhu sebab lighting kot

Bahan-bahan dan cara-cara membuat nasi
- Bawang merah
- Bawang putih 
- Halia
- Daun pandan
- Kiub ayam
- Sedikit minyak dan marjerin
- Kulit kayu manis (optional)
  1. Panaskan minyak bersama marjerin. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dihiris. 
  2. Kalau masak nasi menggunakan rice cooker, masukkan bahan tumisan bersama beras yang telah dibasuh bersama air. Kalau masuk menggunakan dapur gas, teruskan je masuk air selepas tumis tu. Kemudian masukkan daun pandan, beras, kiub ayam, kulit kayu manis. 
  3. Jika menggunakan rice cooker, tunggu sehingga nasi masak. Jika menggunakan dapur gas, kacau sedikit, lepas tu tunggu je sampai masak.
Bahan-bahan dan cara-cara membuat ayam 
- Ayam yang telah dipotong
- Sos tiram 
- Kicap
- Madu
  1. Rebuskan ayam sekejap je. Kemudian biarkan air rebusan tu untuk kegunaan nanti.
  2. Perapkan ayam bersama sos tiram, kicap, dan madu. Kalau rasa nak tambah garam pun boleh.
  3. Perap selama 1 jam, lagi lama perapan tu lagi sedapp lahh.
  4. Panaskan minyak, biar betul-betul panas. Gorengkan ayam dengan api yang perlahan, jangan biar hangit pulak.
Tips menggoreng untuk bau sedap, boleh goreng bersama daun pandan

Bahan-bahan dan cara-cara membuat sambal
- Tomato
- Cili besar 
- Cili padi
- Gula dan garam 
- 3 sudu besar air rebusan ayam
- Sedikit cuka atau perahan limau nipis 
  1. Masukkan 3 atau 4 cili besar dan cili padi yang telah dipotong. Kuantiti mengikut citarasa korang lah.
  2. Sebiji atau setengah tomato yang dipotong. Kalau taknak masam sangat boleh letak separuh je.
  3. Kisarkan bersama 3 sudu besar air rebusan ayam tadi.
  4. Masakkan bahan yang dikisar tadi diatas api, kemudian perasakan dengan gula, garam, cuka atau perahan limau nipis. Kacau sehingga agak mendidih.
Bahan-bahan dan cara-cara membuat sup
- Air rebusan ayam
- Sup bunjut
- Kiub ayam
- Halia 
- Daun pandan (optional)
  1. Panaskan semula air rebusan ayam tadi, kemudian tambahkan kiub pati ayam.
  2. Masukkan sup bunjut, halia.
  3. Kalau nak bau wangi lagi boleh masukkan daun pandan. 
  4. Perasakan dengan garam atau seasoning, kacau dan biar sehingga sup masak
Bahan-bahan dan cara-cara membuat kicap
- Lebihan perapan ayam tadi
- Sedikit kicap
- Cili padi ditumbuk

  1. Ambil lebihan perapan ayam tadi yang dicampur dengan kicap, sos tiram, dan madu.
  2. Masak di atas api, tambahkan sedikit kicap lagi kalau kurang.
  3. Boleh tambahkan sedikit cili untuk pedas. Kacau sehingga agak mendidih.

Monday, 9 January 2017

Meatball bersama Sos Carbonara

23:34 0 Comments
Baru-baru ni aku try buat resepi simple je iaitu meatball bersama sos carbonara. Heee sebab selalu makan dengan sos blackpepper je kan. Kalau yang suka kuah carbonara ni memang sedap la, macam aku sendiri memang aku suka sos carbonara ni. Rasa lemak berkrim gituu. Hikss. Inilah makanan yang menambahkan kalori di cuti semester ini. Hahaha. 

Bahan-bahan: 

- Meatball (terpulang jenama apa)
- Prego Carbonara Sos
- Bawang holland
- Bawang putih
- Susu Dutch Lady
- Cendawan butang, slice cheese (optional)
- Lada hitam, mixed herb (optional)

Cara-cara: 

  1. Panaskan minyak dan goreng meatball, kalau taknak kaedah goreng boleh je grill. Angkat dan biar seketika.
  2. Kemudian, tumis bawang holland dan bawang putih. Aku suka bawang holland ni memang aku letak banyak.
  3. Masukkan lada hitam atau mixed herb. Kalau ada cendawan, masukkan sekali.
  4. Masukkan sos carbonara Prego. Tambahkan sedikit susu atau air. Kalau nak rasa lebih keju boleh tambah cheese.
  5. Masukkan meatball yang telah dimasak tadi. Kacau sekali sehingga agak masak dan sedia untuk dihidangkan.
Cara ni boleh juga digunakan untuk buat cheese baked meatball carbonara. Memang sedapp. Tambahkan cheese, capsicum. Yummmy!


Friday, 6 January 2017

Kek KitKat dan M&M

22:16 0 Comments
Dalam entry yang lepas, aku ada tunjuk gambar kek KitKat kan. Jadi aku nak sertakan disini bagaimana cara nak membuatnya. Base untuk kek ni aku guna kek coklat biasa je (with topping), ada juga yang gunakan ais krim. Cara dan bahan untuk membuat kek tu aku akan tunjukkan di lain entry, sebab aku lupa nak ambik gambar. So disini aku cuma nak tunjuk step untuk buat dan hias kek itu sahaja dahulu.

Kalau korang gunakan kek, make sure kek tu bertopping ya, sebab mudah untuk lekatkan KitKat tu. Kalau gunakan ais krim pastikan ais krim tu keras la, jangan cair pulak. Sebelum tu juga, pastikan KitKat tu disimpan dalam peti sejuk dahulu ye sebab mudah sikit nak membuatnya.

Masa aku beli KitKat time sekarang ni tengah ada promosi dapat Hello Kitty tauu. Kalau perasan, KitKat bahagian belakang tu tak rapat sangat sebab KitKat aku beli tak cukup. Hahah so kena jarakkan la sikit.

Bahan-bahan:
- KitKat
- Coklat warna warni (M&M, Nips, Skittle)
- Ribbon

Cara-cara (Kek):
  1. Selepas topping kek tu agak sejuk keras sikit, bolehlah lekatkan KitKat dengan kemas di sekeliling kek tu, kemudian ikat bersama riben cantik-cantik.
  2. Taburkan coklat warna warni di atas permukaan kek. Nak sejukkan dalam peti ais dulu pun boleh biar betul-betul kukuh.
  3. Hiasan lain mengikut kreativiti masing-masing.
Cara-cara (Aiskrim):
  1. Jika menggunakan aiskrim pastikan korang ada ring cake tu supaya mudah untuk membentuk dan menanggalkannya. Susun KitKat di sekeling ring cake dan ikat dengan ribbon comel-comel.
  2. Kemudian, masukkan ais krim mengikut perisa yang korang suka, sama ada nak campur atau lapisan demi  lapisan ke.
  3. Taburkan coklat warna-warni di atas, seterusnya sejukkan lagi di dalam peti ais supaya betul-betul keras sebelum dipotong.
Ni langkah bagi sesiapa yang nak mudah gunakan ais krim je, tapi memang kena terus makan lah.


Selain sesuai dijadikan birthday kek kepada orang yang tersayang, kek sebegini juga sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran. Hoho. Disebabkan rupanya yang cantik dan menarik kan.. Hihi.

Selamat mencuba yaaa! Siapa yang nak place order, boleh PM tepi. Hehehe :P



Wednesday, 4 January 2017

Selamat Hari Lahir Syahbinar!

00:00 0 Comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah. 4 Januari merupakan tanggal hari lahir aku yang ke-23. Sungguh pantas masa berlalu, hanya kita sahaja yang masih terleka. 
Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk hidup di muka bumi ini, sekaligus masih memberi peluang untuk aku memohon keampunan daripada-Mu. Aku bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat kehidupan di usiaku yang ke-23 ini, juga memberiku kekuatan untuk mengharungi cabaran dan liku-liku dalam kehidupan. Semoga dengan melangkahnya tahun 2017 ini membuka lembaran baru dalam kisah kehidupanku.

Sedar tidak sedar, usia blog ini juga sudah setahun. Blog syahbinar.com ini sebenarnya aku gunakan untuk berkongsi apa-apa dengan orang ramai, tapi aku sendiri pun taktau sangat apa niche dia. Hahah.
Harapnya ada manfaatnya untuk semua. Terima kasih juga kepada orang yang menaja domain blog ni. Memang impian dari dahulu lagi untuk memiliki domain sendiri sejak terjun ke dalam dunia blogging ni.

Terima kasih diatas semua ucapan dan doa kalian sempena hari lahirku ini. Semoga Tuhan merahmati kalian juga. 

#syahbinarturns23 Google ni tetiap tahun wish tauu! :*

Pengaruh internet sangat kek ni, aku try la buat ni, nampak menarik untuk diambik gambar je, kalau nak makan susah. Hahah. Takpa, nanti aku berkongsi di next entry.