Follow Us @syahbinar

Tuesday, 26 April 2016

Descendants of The Sun

Aku baru habis layan drama Korea Descendants of The Sun ni, tetiba rasa nak update kat blog. Rajin pulak kannn hahaha, padahal assignments belambak-lambak. 
Sebenarnya, aku bukanlah peminat drama-drama Korea ni, entah kenapa dengan drama ni aku boleh terjebak pulak. Mungkin sebab aku tengok drama ni viral di mana-mana, dan ramai yang cakap best sebab dia ada kelainan sikit, dimana ia menceritakan pengorbanan seorang askar dalam menjaga keamanan dan juga doktor dalam menyelamatkan nyawa. Bukan hanya kisah cinta semata-mata. Selain itu, mengajar untuk memahami komitmen kerja seorang tentera jika kita berkasih dengan mereka. Sanggupkah kita bertahan apabila selalu ditinggalkan. Somebody said "It takes a strong woman to love a military man." Begitu juga dengan tanggungjawab seorang doktor dalam profesion mereka. Jadi cerita ni macam complete each other la.


First sekali aku tertarik dengan drama ni sebab heroin cantik yang berlakon tu iaitu Song Hye Kyo. Memang aku minat dia daripada drama Autumn In My Heart dan Full House dulu lagi. Memang dua drama Korea ni jelah yang aku tengok pun. Lokasi drama ni berlakon ni pun aku sukaaaa. Cantikk gilaaaa, kawasan pergunungan, kemudian ada laut yang membiruuuu. Fuhhhh terus rasa teringin nak pergi sana. Aku tak sure nama negara apa yang diorang berlakon tu.

Ada kawan aku yang lepas layan drama ni, depa terus minat dengan tentera. Hahah. Pakat dok sembang nak cari calon askar la apa semua. Alahaii.. Tambah pulak hero dia, Song Joong Ki tu hensem kottt.. Memang menjadi kegilaan gegadis lahh. Tetiba berangan nakkan lelaki askar. Hahaha. Tapi mana laa nak dapat askar Melayu rupa macam tuu.
Disebabkan aku ni memang tak pernah simpan movie dan sewaktu dengannya dalam laptop ni. Jadi aku layan drama ni secara online di sini (Descendants of The Sun) Drama ni pun sebenarnya masih lagi baru habis ditayangkan, yang mana mempunyai 16 episod kesemuanya. 

Bila tengok cerita ni aku teringatkan kehidupan para doktor yang pernah aku baca dalam buku DIAgnosis. Buku yang ditulis oleh para doktor ni memang menarik, banyak cerita yang kita boleh ambik untuk kita muhasabah kembali apa tujuan sebenar kita hidup. Memang sesuai dibaca oleh semua. Banyak term medic yang aku tahu selepas membacanya. So, tidak hairanlah buku ni menjadi buku best seller di kedai buku MPH dan siap menang award lagi. Masa kecik-kecik dulu aku pernah bercita-cita nak jadi seorang Doktor. Hahaha. Cita-cita masa kecik memang semua taknak kalah kan, ada yang nak jadi pilot la apa. Tak dapat jadi doktor pun, baca kisah hidup diorang pun jadi lah hihi. Sebab tu bila wujudnya #MedTweetMy di Twitter sana, memang aku follow la.

 Buku yang terbaru sekarang iaitu DIAgnosis Apokalips. Bila entah nak boleh beli, kalau ada sesapa nak belanja ke boleh PM ye. Hahaha. Ada yang kata DIAgnosis Apokalips tu agak mirip dengan drama Descendants of The Sun.

Sebenarnya, dalam buku ni dia ada pelbagai cerita atau pengalaman yang dialami oleh doktor itu sendiri semasa mereka berhadapan dengan pesakit di hospital. Ada jugak cerita yang agak sedih bagi aku la yang hati tisu nii. Perkataan DIA pada tajuk buku diagnosis tu sendiri aku rasa lebih merujuk kepada Tuhan (Allah). Buku ni juga boleh dibeli secara online di MPH bookstore. Banyak jugak best quotes daripada buku ni yang aku ingat dan suka, antaranya:
Siapa kita untuk mempersoalkan. Kerana kita merancang, Dia juga merancang tetapi dipengakhirannya, hanya perancangan Dia yang paling sempurna.
I know your history. That was your past. Its okay to fall in love again but this time, take Allah with you.
Allah kurniakan kita 'basic instinct'. Biasanya bila orang tak suka kita, kita akan dapat rasa that feeling.