Follow Us @syahbinar

Tuesday, 26 April 2016

Descendants of The Sun

00:50 0 Comments
Aku baru habis layan drama Korea Descendants of The Sun ni, tetiba rasa nak update kat blog. Rajin pulak kannn hahaha, padahal assignments belambak-lambak. 
Sebenarnya, aku bukanlah peminat drama-drama Korea ni, entah kenapa dengan drama ni aku boleh terjebak pulak. Mungkin sebab aku tengok drama ni viral di mana-mana, dan ramai yang cakap best sebab dia ada kelainan sikit, dimana ia menceritakan pengorbanan seorang askar dalam menjaga keamanan dan juga doktor dalam menyelamatkan nyawa. Bukan hanya kisah cinta semata-mata. Selain itu, mengajar untuk memahami komitmen kerja seorang tentera jika kita berkasih dengan mereka. Sanggupkah kita bertahan apabila selalu ditinggalkan. Somebody said "It takes a strong woman to love a military man." Begitu juga dengan tanggungjawab seorang doktor dalam profesion mereka. Jadi cerita ni macam complete each other la.


First sekali aku tertarik dengan drama ni sebab heroin cantik yang berlakon tu iaitu Song Hye Kyo. Memang aku minat dia daripada drama Autumn In My Heart dan Full House dulu lagi. Memang dua drama Korea ni jelah yang aku tengok pun. Lokasi drama ni berlakon ni pun aku sukaaaa. Cantikk gilaaaa, kawasan pergunungan, kemudian ada laut yang membiruuuu. Fuhhhh terus rasa teringin nak pergi sana. Aku tak sure nama negara apa yang diorang berlakon tu.

Ada kawan aku yang lepas layan drama ni, depa terus minat dengan tentera. Hahah. Pakat dok sembang nak cari calon askar la apa semua. Alahaii.. Tambah pulak hero dia, Song Joong Ki tu hensem kottt.. Memang menjadi kegilaan gegadis lahh. Tetiba berangan nakkan lelaki askar. Hahaha. Tapi mana laa nak dapat askar Melayu rupa macam tuu.
Disebabkan aku ni memang tak pernah simpan movie dan sewaktu dengannya dalam laptop ni. Jadi aku layan drama ni secara online di sini (Descendants of The Sun) Drama ni pun sebenarnya masih lagi baru habis ditayangkan, yang mana mempunyai 16 episod kesemuanya. 

Bila tengok cerita ni aku teringatkan kehidupan para doktor yang pernah aku baca dalam buku DIAgnosis. Buku yang ditulis oleh para doktor ni memang menarik, banyak cerita yang kita boleh ambik untuk kita muhasabah kembali apa tujuan sebenar kita hidup. Memang sesuai dibaca oleh semua. Banyak term medic yang aku tahu selepas membacanya. So, tidak hairanlah buku ni menjadi buku best seller di kedai buku MPH dan siap menang award lagi. Masa kecik-kecik dulu aku pernah bercita-cita nak jadi seorang Doktor. Hahaha. Cita-cita masa kecik memang semua taknak kalah kan, ada yang nak jadi pilot la apa. Tak dapat jadi doktor pun, baca kisah hidup diorang pun jadi lah hihi. Sebab tu bila wujudnya #MedTweetMy di Twitter sana, memang aku follow la.

 Buku yang terbaru sekarang iaitu DIAgnosis Apokalips. Bila entah nak boleh beli, kalau ada sesapa nak belanja ke boleh PM ye. Hahaha. Ada yang kata DIAgnosis Apokalips tu agak mirip dengan drama Descendants of The Sun.

Sebenarnya, dalam buku ni dia ada pelbagai cerita atau pengalaman yang dialami oleh doktor itu sendiri semasa mereka berhadapan dengan pesakit di hospital. Ada jugak cerita yang agak sedih bagi aku la yang hati tisu nii. Perkataan DIA pada tajuk buku diagnosis tu sendiri aku rasa lebih merujuk kepada Tuhan (Allah). Buku ni juga boleh dibeli secara online di MPH bookstore. Banyak jugak best quotes daripada buku ni yang aku ingat dan suka, antaranya:
Siapa kita untuk mempersoalkan. Kerana kita merancang, Dia juga merancang tetapi dipengakhirannya, hanya perancangan Dia yang paling sempurna.
I know your history. That was your past. Its okay to fall in love again but this time, take Allah with you.
Allah kurniakan kita 'basic instinct'. Biasanya bila orang tak suka kita, kita akan dapat rasa that feeling.


Saturday, 23 April 2016

Introvert vs Extrovert

14:46 0 Comments
Assalamualaikum...

Dah lama tinggal blog ni terbiar je. Aku malas dan takde idea nak tulis apa. Nak taip resepi haritu, tapi aku takda ambik gambar masak pulak. Tetiba terfikir bila lecturer aku sebut tentang keperibadian manusia yang mana dalam kehidupan kita ni akan ada manusia jenis introvert dan extrovert. Apa itu introvert dan extrovert? Haaa jawapan kat bawah ni aku google jelah ye.

Introvert: Personaliti yang bersifat pasif, emosional, pendiam dan kurang sosialisasi. Cenderung melakukan dan menyiapkan kerja secara individu tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Bersikap serius, pemalu, tidak mempunyai cita-cita yang tinggi dan kurang inisiatif. Kurang selesa terhadap perubahan tetapi suka hidup yang teratur/sistematik. Oleh itu, si Introvert sangat mengikut peraturan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

Extrovert: Berlawanan dengan yang atas; personaliti seseorang yang lebih suka kepada dunia luar berbanding dunia dalam yang mempunyai sifat biasanya terdiri daripada golongan yang agresif/aktif di mana mereka suka bersosialisai dan sering melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial. Menyokong kepada perubahan dan bersifat optimis namun tak boleh diharapkan kerana mereka tidak suka terikat kepada sesuatu keadaan atau peraturan.

Berbalik kepada tajuk entry ni, aku adalah seorang manusia introvert. Sebab aku memang boleh dikatakan ada semua ciri-ciri diatas tu. Aku taktau kenapa, mungkin aku kurang bersosial dan hanya terperap di rumah sahaja. Aku agak susah nak bergaul dengan orang yang baru kenal, bukan jenis yang peramah semua tu. Dari kecik kehidupan aku hanya pergi sekolah dan balik rumah je. Aku rasa mungkin sebab tu aku malas nak belajar naik motor. Hahaha. Kalau aku ada motor, mestilah aku selalu keluar jugak kan. Aku ada seorang abang dan seorang kakak, dan abang aku memang tahu kelemahan aku ni, macam-macam jugak dia buat dekat aku. Disebabkan aku ada diorang la aku terlalu bergantung kepada diorang, dulu kalau nak keluar ke apa, abang aku akan penuhi je, sama jugak macam kakak aku dia akan penuhi apa yang aku nak. Aku teringat lagi masa tahun 2009 tu, abang aku kahwin. Masa tu aku taktau kenapa aku sedih sangattt, sampaikan aku menangis dan merajuk dengan dia, sebab dia macam termarah aku. Tapi sebenarnya aku tahu yang aku menangis lebih disebabkan aku dah hilang dia. Memang aku takda langsung ambik gambar sekali ke apa sebabkan merajuk hahaha. Lepas tu pulak, kawan-kawan abang aku semua tau pasal tu dan depa saja mengusik aku dok tanya "sayang abang dak?" huwaaaa.. meleleh ayaq mata lagi time tuu. :'( Sekarang ni aku dok kacau adik aku pulak la kalau nak keluar mana-mana. Heee 

Masa tahun 2010, aku mintak abah aku pasang internet kat rumah kononnya alasan nak guna untuk study la apa bagai. Disini bermulanya kehidupan aku di laman sosial. Hahaha. Terciptanya Blog, Twitter, Tumblr segala. Kiranya tahun 2010 dan 2011, itulah life aku dalam bilik. Orang lain sibuk persiapan study nak SPM, aku dok relax je. Hahah



Rasanya beginilah kehidupan aku dahulu, sebab itulah terciptanya blog. Tapi masa dulu kan takda lagi smartphone tu semua, memang phone aku tu main campak je merata, dah laa silent pulak tu. Sampai satu tahap aku kena perli dengan kawan-kawan aku, yelah orang call susah nak angkat, mesej pun lambat reply. Hahaha. sebab aku malas nak belek fon, lain laa ada pakwe ke apa.

Bila tahun 2012 pulak, masa ni dah habis SPM memang cuti agak lama la. Macam biasa la orang macam aku ni payah laa nak bekerja, tak macam kawan-kawan sebaya yang lain. So masa ni aku aktif dekat Twitter dan ramai kenal orang di alam maya. Aku lebih mesra di alam maya berbanding real life. Kemudian, aku sambung lagi sekolah sebab aku masuk Form 6 sampai tahun 2013. Jadi kehidupan yang lebih kurang sama jugak la dengan sebelum ni.

Habis je STPM tahun 2014 tu aku belajar menjahit, kawan-kawan aku yang lain kebanyakannya bekerja. Dekat GiatMARA ni aku kenal dengan bermacam orang jugak la. Sehinggalah aku dapat masuk ke UUM. Fuhhh aku rasa kehidupan aku berubah 360 darjah. Hahaha sebab aku tak biasa hidup tempat orang, tinggal di asrama pulak tu. Susah gilaa weh aku nak adapt dekat sini. Masa first daftar tu lepas mak aku hantar tu pun dah nangis-nangis. Nak survive hidup kat sini lagi. Dah laa course aku belajar semua abang aku yang pilihkan untuk aku. Huhu sebab dia tahu aku ni sejenis introvert. Masa first semester tu memang aku tak banyak bercakap dengan orang pun, aku cuma kenal roommate aku dan beberapa orang je. Selalu pergi mana pun sorang-sorang. Dengan budak lelaki kelas aku pun aku tak pernah bersembang, rasanya depa pun takut nak tegur aku kot. Hoho. Bila naik semester dua tu aku dah mula berkawan jugak dengan orang lain, tapi tak ramai sangat laa. Masih jugak kadangkala sorang-sorang. Sehingga masuk semester ketiga, barulah aku rasa ada kawan, dan kemana pergi sekali. Dah mula bergaul dengan budak lelaki kelas. Hahah nampak dak dekat setahun jugak tu aku nak sesuaikan diri. Sampaikan ramai jugak kawan sekelas aku sendiri tegur ingatkan aku ni sombong ke, dah laa selalu nampak sorang-sorang. Tapi memang dekat sini aku bukan pelajar yang aktif laa. Hoho asyik duduk dalam bilik je.

So, pengajarannya janganlah jadi macam aku. Hahah. Menjadi introvert dan extrovert perlu kena pada tempatnya. Ada pro dan cons juga. Aku rasa macam bosan jugak life aku nii. Huhu. Sekarang nii lagi laaa, aku rasa penattt sangatt, down pun ada jugak. Rasa nak balik duduk rumah je, mungkin aku perlukan seseorang, family aku.



Big girl. Don't cryyyy.. #nakmak

Ada orang kata muka aku dari kecik hingga ke besar, lain-lain. Tak sama. Hurmm..