Follow Us @syahbinar

Tuesday, 8 March 2016

Semester Baru

Assalamualaikum.

Lama betul tak update blog. Ini pun mencari kekuatan dan idea untuk menulis. Ada la beberapa orang tegur lama aku tak update blog. Hahah ada jugak orang yang membaca rupanya, tidak ku sangka.

Sepanjang cuti semester lepas sebenarnya banyak yang aku belajar, buat dan dapat. Heee memang betul-betul manfaatkan jugak la cuti ni. Antaranya aku memiliki dan mengupdate blog ni la. Mengisi kekosongan masa dengan memasak, menjahit dan sebagainya. Macam gegadis sangat kannn. 

Sebenarnya pengajianku disini telah bermula hampir tiga minggu. Sekarang ni aku berada di tahun dua, semester ke-4. Nak kata busy sangat tu tak laa, tapi entah laa aku jadi malas dengan takda idea lagi. Nak main Twitter pun aku malas, kalau tidak selalu jugak masa kat rumah tu aku dok bertweet. Balik sini asyik nak tidoq jaaa. Hahaha. Mungkin asyik nampak katil dalam bilik ni. Aduhaii. Almaklum laa awal-awal semester ni tak sibuk lagi dengan assignment, test apa semua. Tambah pulak WiFi UUM ni boleh tahan okay jugak, kiranya bolehlah nak layan video tanpa buffering sangat. Hoho

Disini aku stay di Dewan Penginapan Pelajar Malaysia Airlines. Pehh kemain nama kann. Tapi tulaa seperti biasa DPP aku ni setiap semester dia akan tukar bilik, katanya nak bagi adil la kan, setiap orang akan merasa duduk di tingkat bawah dan atas. Huhu penat jugakk wooo nak mengemas barang. Dan kali ni juga aku duduk bersama roommate baru lagi. Dah tiga roommate dah termasuk yang sekarang ni. Haih aku pun taktau kenapa tetiba tertukar. kebetulannya pula, roommate aku yang sekarang ni memang kitorang dah mula berkawan agak rapat sejak semester lepas lagi. So memang mudah laa nak sesuaikan diri bila duduk bersama ni. Jadi harapnya roommate ini akan terus kekal la. Harapan aku untuk semester ini semoga aku akan lebih rajin belajar la. Hahah malas nak dengar akak aku membebel, nak buat macam mana, adik dia ni bukan rajin belajar macam dia. Dah laa lama lagi nak berada di UUM ni. 

Sekian sahaja. Nanti kalau ada idea dan ilham datang kepadaku, akan ku cuba untuk mengupdate blog ini. Hoho. Dah laa orang siap bagi domain kann, hargai sikit laa. Sebenarnya aku dok tercari-cari template baru untuk blog ni, tapi belum jumpa lagi yang berkenan di hati ini :(

My current mood. Sedap betul meow ni tidur atas katil aku.