Follow Us @syahbinar

Tuesday, 8 March 2016

Pemakaian Kain Batik

Bila belek-belek semalam blog ni memang banyak betul post aku yang dalam draft. Terlupa nak sambung atau malas nak sambung aku pun tak pasti la. Hahah. Sebenarnya haritu aku ada terbaca satu post yang orang share di Facebook, agak menarik bagi aku post ni tentang kain batik lepas.



Hahaha.. Jadi aku pun teringat dulu semasa di Tingkatan 2, cikgu Pendidikan Seni aku pernah bagitau pasal ni. Tapi aku ingat-ingat lupa la, dia ada kata lebih kurang macam ni "Nanti kamu yang perempuan ni pergi rumah mak mertua ke, pakai kain batik tu betul-betul. Sesetengah orang yang ikut adat ni dia boleh nilai kamu". Tapi itulah, time ni aku baru 14 tahun, memang aku tak pakai lagi lah kain batik ni. Jadi ketika umur aku 17 tahun, aku mula memakai kain batik ni, memang agak awkward jugak laa masa tu, tapi bila lama-lama tu dah jadi biasa. Tapi mak aku cuma cakap pakai kain batik ni kena ikut pucuk bunga dia tu je nak tahu bahagian atas atau bawah. Huhu takde la pulak dia bagitau pasal makna disebalik pemakaian kepala kain semua tu. Jadi memang aku baru tahu laa ni, selalunya aku akan pakai kepala kain tu di sebelah kiri atau di tengah, sebab aku jenis selit kain tu di sebelah kiri. Kalau ikut cara pemakaian seperti yang ditulis di atas adalah Janda la. Hahaha. Hmm.. tapi biasalah adat Melayu ni kan, macam-macam ada. 

Buat yang taktau apa itu kepala kain, yang tengah-tengah warna pink itulah dia.

Pemakaian kain batik ni amat sinonim dengan wanita Melayu, terutama sekali apabila seorang wanita itu di dalam pantang selepas melahirkan anak. Di rumah pun memang selalu jugak aku pakai, tapi takde la sampai setiap hari. Di UUM ni pun aku pakai jugak, lepas tu asyik selalu kena tegur dengan kekawan aku kat sini. Diorang tanya tak terlondeh ke apa ke. Tapi kalau dekat kampung aku (Thai), wanita-wanita di sana memang biasanya akan pakai kain batik je, siap naik motor pergi kedai runcit, pasar la apa. Hahaha. 

Bagi corak kain batik pula, sebenarnya aku tak reti sangat nak tengok dan pilih kain batik yang mana cantik, sebab kain batik aku semuanya mak aku yang belikan, aku tahu pakai je. Hehehe. Pernah la masa dekat UUM ni, mak cik cleaner dekat blok aku ni tegur cantik kain batik aku pakai. Mungkin kain batik Langkawi kot. Hiks. Buat gegadis yang tak pernah pakai dan tak reti pakai kain batik ni, cuba-cubalah belajar pakai. Hihi. Lama kelamaan nanti selesa laa, mana laa tahu nanti dah kahwin dapat mertua yang tradisional sikit ke, takde la rasa kekok sangat.