Follow Us @syahbinar

Friday, 18 March 2016

Mata Ketumbit

Assalamualaikum.

Kadang-kadang aku taktau niche untuk blog ni apa. Macam caca merba pun ada blog ni hahah. Susah jugak nii, nak cerita life aku ke apa benda. Berbalik kepada tajuk entry ni sebenarnya sekarang ni mata aku jadi ketumbit. Huwaaaa first time jadi, memula aku ingat nak jadi sakit mata sebab aku pernah kena dulu. Sakit wehhhh.. kebetulan semalam akak aku ada dekat rumah, suruh la dia call sebab aku malas nak topup, nak bagitau mak pasal mata aku ni, lepas tu dia cakap aku mengadaaaa.. Huhuhu :( Bangun-bangun pagi tadi terus rasa berat nak bukak mata sebelah kanan ni, nasib baiklah sebelah je yang jadi. Tapi takda la teruk sangat. Yelah sakit tu kan ujian, mungkin Tuhan sedang nak uji aku sekarang nii.

Jadi kemudiannya aku pun cari laa info pasal ketumbit di mata ni, malas nak search di Google, aku gunalah Twitter. #MedTweetMy kan adaaaa.. Health Info For You
Ketumbit ni berlaku bukan disebabkan mengintai orang mandi ke apa ye. Hahahha itu semua mitosss!

Term medic untuk ketumbit ni dipanggil Chalazion

Simptom ketumbit dan cara rawatan di peringkat awal

Menurut apa yang aku baca di #MedTweetMYKetumbit ni, penyebab kepada terjadinya ketumbit ni adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria (Staph sp), dan radang liang minyak di mata yang tersumbat. Hmm.. Aku rasa aku ni taktau la sebab apa, mungkin musim panas sama sekarang ni kot. Haha sebab aku punya takda la teruk sangat sampai bengkak besar mata tu. Tapi kalau dah sampai banyak hari tak baik jugak, kena la pergi klinik jumpa doktor ye.

Hahaha dan aku pun saja laa tanya Doktor Mata tadi sebelum search, taktau pulak diorang ada hashtag untuk ketumbit ni. Okay laa nasib baik la doctor ni reply jugak. Best jugakkk, dok follow doctor-doctor Twitter daripada pelbagai bidang ni. Dia punya founder #MedTweetMY ni Dr. Khairul Hafidz tu kekadang kelakar jugak dia punya reply.
Bagi aku, sebagai pengguna media sosial yang agak tegar juga, medium penyampaian dan penerimaan orang di Facebook dan Twitter agak berbeza, mungkin sebab itulah #MedTweetMY ni wujud di Twitter. Yang penting, gunakanlah dengan bijak dan memberi manfaat.