Follow Us @syahbinar

Wednesday, 10 February 2016

Fasa Kehidupan

Assalamualaikum.

Dalam kehidupan ni sebenarnya kita akan melalui beberapa fasa. Fasa dimana akan membentuk kita dan siapa diri kita. Cuma setiap orang tu ceritanya tak sama la. Apa yang aku maksudkan dengan fasa tu? Okay fasa itu adalah di mana mengikut usia kita, iaitu umur 7 tahun hingga 17 tahun kita berada di sekolah. Apabila tamat Tingkatan 5, disinilah bermula perjalanan kehidupan kita sama ada akan terus belajar, bekerja, berkahwin dan sebagainya. Ni aku bagi secara umum ye, sebab mungkin ada yang perjalanan kehidupannya tidak sama.


Tapi perasan tak apabila kita telah melepasi fasa persekolahan. Kita akan merasai satu fasa pertanyaan tentang life kita. Dimana orang akan bertanya kita, "Hang buat apa laa ni?" Jika belajar. Bila selepas belajar "Hang keja apa laa ni?" Jika bekerja. "Hang bila pulak nak kahwin?" Jika berkahwin. "Hang bila pulak nak dapat anak?" Jika mempunyai anak. "Bila lagi nak tambah anak?" dan seterusnya akan berulang.
Hmm... Kalau fasa pertanyaan ini sekarang ni aku berada di "Hang buat apa laa ni?"
Kahwin tu mungkin coming soon, yelah sebab kawan-kawan sebaya aku pun dah ramai yang kahwin. Tapi janganlah hidup untuk penuhi kehendak dan pertanyaan orang ni. Sesungguhnya aku pun masih belum nampak masa depan aku bagaimana.

Bagi fasa persekolahan tu, aku bermula dengan pra sekolah (6 tahun) sehinggalah tamat Tingkatan 6 di sekolah juga (19 tahun). Sebenarnya aku tak pernah menyangka apabila selepas tamat SPM aku akan berada di sekolah lagi iaitu di Tingkatan 6. Tapi mungkin itulah yang terbaik bagiku, kemudian aku sambung lagi belajar di Giat MARA. Giat MARA ni merupakan institut pendidikan juga ye. Seterusnya sekarang inilah sambung ijazah di Universiti Utara Malaysia. Pembelajaran ni kan sepanjang hayat.

Sebenarnya, perancangan aku setelah tamat belajar ialah akan mencari kerja dan duit. Yelah nak bayar hutang belajar lagi. Tapi perancangan aku andai aku sudah berkahwin pula, aku taknak bekerja di luar. Huhuhu. Tapi entah laa aku pun takut juga dengan ekonomi sekarang, mampu menampung kos sara hidup ke tidak. Aku lebih suka bekerja di rumah, buka business sendiri macam tu laa. Harap-harap laa tercapai. Amiiinn :)

Jika dilihat Hierarki Keperluan Maslow sendiri, beliau telah meletakkan 5 keperluan utama manusia. Aku lihat dari sudut psikologi ye, sebab Maslow ni Psychologist walaupun teori ni banyak digunakan dalam business, management dan banyak lagi. Iaitu dimana tahap yang pertama keperluan fisiologi yang paling penting di mana sampai satu tahap apabila kita bekerja mencari duit. Kita akan mula hendak ada rumah sendiri, mempunyai kereta dan melengkapkan semua keperluan itu. Setelah itu kita inginkan keselamatan sama ada dari segi kewangan, kesihatan, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Apabila dah stabil, setiap daripada kita tidak boleh lari daripada fitrah setiap insan iaitu ingin rasa dipunyai, berkasih sayang. Maka wujudlah ikatan suci yang dipanggil perkahwinan. Dalam kehidupan bermasyarakat pula, pastinya kita ingin rasa dihormati atau dapat memberi sumbangan dan diberi pujian/ganjaran sebagai tanda kita dihargai. Dan yang paling atas sekali, ini yang agak sukar dicapai oleh semua orang iaitu kesempurnaan, atau kepuasan diri. Dimana kita berjaya mencapai segala apa yang dicita-citakan itu.

Sejujurnya, aku sendiri pun taktau aku berada di tahap mana jika mengikut hierarki keperluan di atas. Kalau siapa yang bercadang nak jadi boss/manager yang cemerlang, mestilah pastikan segala keperluan pekerja seperti di atas dipenuhi ye.