Follow Us @syahbinar

Thursday, 4 February 2016

Bahasa Mencerminkan Diri

Assalamualaikum. 

Tetiba rasa nak bercerita sedikit tentang penggunaan bahasa seharian kita. Sebelum ni asyik post resepi je kan. Hahaha. Ramai di antara kita yang tidak sedar apa yang kita cakapkan. Aku sendiri pun kadangkala mungkin tidak terlepas juga. Sama-samalah perbetulkan diri. Bahasa yang digunakan tidak kiralah di media sosial, ataupun dalam dunia realiti. 

Walaupun aku tahu, bila dengan kawan-kawan kita macam bebas sikit nak menggunakan apa sahaja bahasa dan perkataan. Tapi apa salahnya jika kita tidak menggunakan terus. Sebenarnya, bila diri kita dah terbiasa, memang itu sudah sebati dan sukar nak diubah. Walau macam mana marah sekalipun, kawallah diri dengan baik. Penggunaan bahasa ni boleh mencerminkan diri kita yang bagaimana. Terutama sekali golongan perempuan. Kan tidak manis didengar dan dibaca.

Begitu juga bahasa dengan pemimpin. Ye, aku tahu sekarang pemimpin-pemimpin di Malaysia ni amatlah teruk, tapi tidak perlulah menggunakan bahasa yang kesat dan sebagainya. Kita juga punya adab sebagai masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Kadang rasa macam satu kepuasan bila dapat menyebut dan berkata macam-macam terhadap orang. Tapi apa beza kita dengan diri dia, walaupun memang dia seorang yang teruk. Sama juga apabila kita dengan pasangan, aku juga tak berkenan pasangan yang mudah mengeluarkan kata makian ni. Bukan apa, andai suatu hari nanti hubungan bermasalah ke, tidak mustahil juga kata-kata sebegitu akan kena kepada kita.

Kesimpulannya, berbahasalah dengan bijak jangan mudah mengikut emosi, hal ini kerana orang sekeliling semua memerhati dan boleh men'judge' diri kita. Gunakanlah bahasa di media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp group dengan baik.