Follow Us @syahbinar

Saturday, 6 February 2016

Antara Menjahit, Memasak, dan Mengambil Gambar

Assalamualaikum.

Setiap orang mesti mempunyai minat yang dia suka buat kan. Sama ada dia cenderung atau rajin ke tidak untuk buat, itu jelah. Bagi aku, kemahiran tu penting dan perlu ada dalam diri kita. Kalau yang betul-betul baca blog ni, akan nampak post aku banyak tentang masakan, lepastu menjahit, dan gambar-gambar yang aku ambil. Sebenarnya, ketiga-tiga ni adalah antara minat aku. Tapi takde la nak kata aku ni mahir sangat, masih lagi belajar dan terus belajar. Jadi, aku nak kupas sikit laa antara semua tu.

Memasak
Masak ni sebenarnya bagi aku takde la susah sangat. Heheh. tapi itu tak bermakna senang. Memasak memerlukan kerajinan dan keinginan untuk mencuba. Cuba jaya. Tambahan pula sekarang ni resepi masakan memang amat mudah untuk didapati di internet. Hanya taip di Google search sahaja apa yang kita nak, semua akan keluar. Begitu juga di Facebook, hari-hari aku nampak orang dok share resepi. Kita cuma perlu ikut sahaja arahan di situ. Masak ni tak perlu pandai, tapi perlukan kerajinan. Memang sekali masak tu mungkin tak jadi, tapi bila kita dah try berkali-kali, kita akan nampak kesalahan tu, dan insyaAllah akan jadi. Definisi pandai memasak ni luas sebenarnya, ada orang yang mahir dalam baking (kek, kuih), masak lauk pauk, dessert, pastry, dan sebagainya. Biasanya orang takkan mahir kesemua, mungkin dia pandai dalam baking tapi kurang dalam masak lauk pauk. Aku nii taktau laa mahir dalam mana, rasanya dessert dan masak lauk pauk tu boleh la kot.


Menjahit 
Menjahit ni di awalnya susah, tak seperti memasak boleh terus je follow resepi dan siap jadi. Menjahit ni memerlukan kesabaran yang tinggi (especially tailor). Hahaha. Menjahit ni kita perlu belajar di depan mata dan tengok cara-cara dia. Sebab tu kalau orang yang takde basic menjahit ni bila tengok ukuran pola, dia takkan faham dan nampak bagaimana sepasang baju tu terhasil. Menjahit baju ni boleh juga untuk dicuba, tapi sebelum tu memang kena tahu asas la. Menjahit bagi pakaian wanita dan lelaki sebenarnya tidak sama. Kita perlu tahu ukur badan dengan tepat serta tahu juga bentuk badan wanita dan lelaki. Menjahit ni pun luas, ada yang mahir menjahit langsir, pakaian wanita sahaja, menjahit manik, dan sebagainya lah. Bagi aku pula, cukuplah tahu menjahit untuk diri sendiri, pakaian yang kita selalu pakai. Tapi aku tak betul-betul mahir lagi lah. Huhuhu banyak kena belajar lagi nii.


Mengambil gambar
Mengambil gambar ni memerlukan mata hati. Kedua-duanya kena berfungsi. Cewahhh. Hihi. Selain itu, ambil gambar ni perlu kreatif, tahu sudut mana yang nak di ambil. Sebenarnya, jenis camera tu tak memainkan peranan sangat, yang penting diri sendiri tu tahu cara. And last sekali yang paling penting ialah tahu edit. Hahaha. Percayalah, kebanyakan gambar-gambar cantik yang kita tengok tu adalah gambar selepas di edit. Aku sendiri pun edit juga, kalau ambik gambar macam nature tu aku tahu laa. Kalau nak ambil gambar orang semua ni tak reti sangat. Kadang ni bila kita nak ambil gambar yang terbaik di tempat awam, memang kena ketepikan la rasa malu tu. Hahaha biasa la kadang tu nak kena duduk la tunduk la apa.


Itu sahajalah minat aku setakat sekarang ni rasanya. Sebenarnya semua tu aku tak pandai pun dari mula. Macam memasak tu, dulu aku malas kott. Hahaha. Lagipun mak aku suri rumah je, memang dia la yang selalu dok masak, tu yang aku jadi malas. Kemudian bila dah besar, umur nak masuk 20-an barulah berjinak-jinak, tambah perempuan pulak kan. Orang kan selalu kata kalau nak kahwin perlu pandai masak hahah. Best sebenarnyaa memasak ni. Jadi satu kepuasan bila orang makan air tangan kita, dan diorang cakap sedapp. Fuhhh rasa dihargai. Baru-baru ni aku ada terbaca satu tweet tentang lelaki. Patutlah lelaki asyik nak perempuan pandai masak je kan. Hihi
Hehe betul ke para lelaki sekalian? 

Dalam menjahit pula, minat tu penting juga. Macam aku sendiri kalau memang tak berminat menjahit, daripada mula lagi aku takkan mengikuti kursus menjahit selama 6 bulan di Giat MARA tu. Kadang tu sampai bebai jugak aku menjahit bila tak jadi kemas, senget la apa semua. Huhuhu. Memang kesabaran tu teruji disini.

Bagi mengambil gambar, kena perlu rajin dan mata kita perlu lihat daripada pelbagai sudut, bukan fokus kepada objek semata. Hehe tapi aku sendiri mula belajar dok ambil gambar ni bila start guna iPhone dulu. Hahah kalau bagi DSLR memang aku tak reti guna dan ambik. Tapi teringin la juga nak belajar guna DSLR pula. Mungkin suatu hari nanti, kiranya aku reti ambil gambar guna fon je. Bila keluar dengan kawan-kawan yang tak sekepala dengan aku dalam ambil gambar ni, kadang geram juga hahaha, asyik nak selfie jee.. Aku pun banyak perhati cara orang ambil gambar, kemudian praktikkan. Nak edit pun tu aku takde lah pandai sangat. Apps yang aku selalu guna untuk edit gambar ni ialah VSCO, MIX, Snapseed.

Ini daripada pandangan aku lah, lagipun aku bukannya pandai pun dalam semua ni. Lebih kepada suka-suka, rasa minat, ingin mecuba serta menambahkan kemahiran. Ketahuilah bahawa setiap bidang yang aku sebutkan semua tu, yang paling mahir dan pakar sekali adalah LELAKI.