Follow Us @syahbinar

Tuesday, 16 February 2016

Buat Bunga Rose Menggunakan Kertas

12:23 0 Comments
Hai.. Hihi tetiba rajin pulak aku dok "Do It Yourself" ni. Hahah rasa seronok pulak tengok hasilnya. Jadi kreatif pulakk. Gittewww. So aku decide la untuk wujudkan satu bahagian DIY dalam blog ni. Hoho. Disini aku nak tunjukkan bagaimana menghasilkan bunga rose daripada kertas.


Bahan-bahan: 
- Kertas jenis crepe 
- Gam 
- Gunting
- Cotton bud / lidi 

 Pastikan guna kertas crepe ye sebab kertas jenis ni yang paling mudah nak jadi dan bentuk. Gam pun kalau boleh guna yang glue stick ye

 Lipat kertas sehingga jadi kecik, tapi tengok ira kertas ni jugak ye. Nampak kan yang macam jalur-jalur. Pastikan yang boleh kita strectch ke kiri-kanan. Barulah potong

 Potong kecil-kecil yang macam bentuk kelopak bunga tu dengan saiz yang berbeza

 Kemudian, ambil cotton bud tu roll kan sebegitu di batangnya

 Ini hasilnya selepas di roll, nampak macam gulungan kelopak bunga kann

 Gulung je ikut batang cotton bud tu yang memula tadi, kemudian gamkan. Mulakan dengan kelopak yang kecil dahulu, lepastu pandai-pandai la. Ulang je langkah ni sampai nampak jadi kuntuman bunga. Hihi

 Haa bagi dia nampak kembang-kembang tuu. Kena pandai cantum dan gamkan la

 Hehehe dah siapppp

Nampak macam real bunga rose kannnn. Hikss. Bolehlah cuba nanti buat hantaran, hias pelamin, majlis kahwin ke apa.


Menjahit Baju Kanak-Kanak

00:00 0 Comments
Baju kanak-kanak merupakan baju yang paling senang nak potong dan jahit. Hahah sebab saiznya yang kecil. Baju kanak-kanak juga boleh direka dengan pelbagai gaya mengikut kreativiti kita sendiri. Tambah-tambah baju kanak-kanak perempuan, memang gerammm tengokk. Yang aku nak tunjuk ni just simple jelah, A line gitu. Aku jumpa di internet, dan memang aku sangat tertarik, tapi tulaa tak sempat nak buat, lagipun aku takda kain cotton. Mudah sikit nak jahit. Mungkin aku simpan disini sebagai rujukan. Hihi

 Comel je tengok kann hehe

 Untuk bahagian depan lipat dua dan potong

 Ni yang bahagian cantum daripada ketiak ke bahu, aku rasa lebar dia dalam 3-4 inci, panjang tu nanti agak-agak dan ejas laa. Cuba acu di baju dulu, tapi disebabkan nak kena pleat tu make sure kena lebih panjang la

Dan inilah hasilnya. Sebenarnya pola nak hasilkan baju ni lebih kurang je dengan pola jubah yang aku share di blog disini. Cuma pandai-pandai ejas la di bahagian leher dan ketiak tu. Menjahit ni perlu kreatif dan betul-betul perhati. Lagipun ni kan baju kanak-kanak.

 Itu dibahagian belakang, dia tak potong dua keping di belakang sebab taknak letak zip, jadi dia buat macam leher biasa je, tapi kena guna pelapik leher ye.

 Ini bahagian yang nak di pleat tuu. Pleat kemas-kemas ye dan jarumkan agar tidak lari



Ni bahagian luar. Kemudian jahitkan cantik-cantik. Biasanya baju kanak-kanak ni bahagian leher tu jahit macam lis tu. Kena ukur keliling leher tu, lebihkan sedikit kemudian potong kain yang sama dengan ira menyerong. Kenapa ira menyerong? Sebab tu kan bahagian bulat nanti bila bertemu dengan corak bahagan badan tu dia jadi cantik la.

Bahagian belakang, kalau taknak guna butang besar tu pun takpe. Guna yang macam cakuk besi tu.

Bila dah tahu basic yang ni, bolehlah cuba yang jenis lain pula. Yang potong di tengah macam dress tu, atau yang letak riben-riben ke. Hehehe. Ini kanak-kanak dalam umur 3 tahun ke atas boleh laa kot. Aku pernah buat baju kanak-kanak lebih kurang macam ni jugak dahulu.



Thursday, 11 February 2016

Buat Bunga Menggunakan Fabrik

17:23 0 Comments
Semasa aku sedang scroll Facebook, terpandang satu DIY buat bunga tulip guna kain. Tapi yang tu rumit sikit la. Jadi aku teringat semasa aku di Giat MARA dulu, ada sorang kawan aku di sana pernah ajar cara buat bunga yang simple guna kain. Tak kisah la nak guna kain perca, organza, satin riben ke apa. Memang mudah sangat okay, boleh cuba sendiri.

Bahan-bahan:
- Benang
- Jarum (Kalau boleh guna jarum yang besar)
- Kain yang cantik-cantik
- Hiasan (Butang, manik dan sebagainya)

Potong kain panjang 20 inci x 3 inci. Kemudian lipat dua, kalau nak lagi kemas bolehlah jahit tepi dahulu supaya tidak berbulu benang tu. Kalau taknak jahit tepi pakai lighter api tu boleh bagi kena tepi kain tu sikit-sikit.

Sebelum mula menjahit, sebolehnya lembar benang tu dilipat dua atau tiga. Supaya ikatan jahitan benang tu nanti kukuh. Macam aku lipat dua, dapatlah empat. 

Masukkan jarum macam tu, jahitan jelujur kasar. Tapi pastikan jarak yang sama ye, kemudian tarik la masuk ke dalam benang tu. Kalau nak lipat dahulu dekat bahagian hujung tu pun takpe.

Dah nampak hasil jadi macam ni, jahitlah sampai habis ye. Tarik-tarik dan kemaskan bagi cantik.

Cantumkan dan kemudikan matikan benang. Kemaskan biar cantik dipandang. Hihi

Inilah hasilnya seperti langkah di atas. Yang paling mudah sebab tak perlu potong kain banyak kali :) Boleh tambah hiasan yang anda sukai dekat tengah tu ikut kreativiti masing-masing. Yang butang tu aku buat sendiri tauu masa kat Giat MARA dulu. Hahah jenuh jugak nak tekan kain tu biar betul-betul masuk dalam alat dia tu.

Ini pulak bunga jenis kelopak. Potong kain bentuk bulat, kemudian lipat dua. Jahit macam langkah di atas juga.

Ini potong kain segi empat tepat, kemudian lipat dua biar jadi bentuk segitiga. Kemudian jahitan sama seperti di atas. Kelopak tak sama saiz. Hahah

Ini potong bulat juga, dan lipat dua separuh je jangan penuh sebab nak bagi nampak ada dua kelopak. Yang ni sebelum masukkan ke dalam benang kena lipat-lipat dulu.

Yang ni langkahnya sama seperti gambar yang atas ni, potong bulat juga. Kemudian lipat dan masukkan ke dalam jarum benang.

Aku ni sesaja cuba buat balik je heheh. So takde la kemas sangat tuu. Siapa yang berminat bolehlah cuba sendiri. Kalau nak buat brooch ke bolehlah gamkan pin di belakang. Selain itu, boleh juga dibuat hair clip, letak aksesori dekat beg ke, doorgift dan sebagainya lah. Hihi jimattt sangattt. Kalau nak lebih ilmu dan senang faham lagi boleh search kat Youtube terusss.


Wednesday, 10 February 2016

Fasa Kehidupan

14:12 0 Comments
Assalamualaikum.

Dalam kehidupan ni sebenarnya kita akan melalui beberapa fasa. Fasa dimana akan membentuk kita dan siapa diri kita. Cuma setiap orang tu ceritanya tak sama la. Apa yang aku maksudkan dengan fasa tu? Okay fasa itu adalah di mana mengikut usia kita, iaitu umur 7 tahun hingga 17 tahun kita berada di sekolah. Apabila tamat Tingkatan 5, disinilah bermula perjalanan kehidupan kita sama ada akan terus belajar, bekerja, berkahwin dan sebagainya. Ni aku bagi secara umum ye, sebab mungkin ada yang perjalanan kehidupannya tidak sama.


Tapi perasan tak apabila kita telah melepasi fasa persekolahan. Kita akan merasai satu fasa pertanyaan tentang life kita. Dimana orang akan bertanya kita, "Hang buat apa laa ni?" Jika belajar. Bila selepas belajar "Hang keja apa laa ni?" Jika bekerja. "Hang bila pulak nak kahwin?" Jika berkahwin. "Hang bila pulak nak dapat anak?" Jika mempunyai anak. "Bila lagi nak tambah anak?" dan seterusnya akan berulang.
Hmm... Kalau fasa pertanyaan ini sekarang ni aku berada di "Hang buat apa laa ni?"
Kahwin tu mungkin coming soon, yelah sebab kawan-kawan sebaya aku pun dah ramai yang kahwin. Tapi janganlah hidup untuk penuhi kehendak dan pertanyaan orang ni. Sesungguhnya aku pun masih belum nampak masa depan aku bagaimana.

Bagi fasa persekolahan tu, aku bermula dengan pra sekolah (6 tahun) sehinggalah tamat Tingkatan 6 di sekolah juga (19 tahun). Sebenarnya aku tak pernah menyangka apabila selepas tamat SPM aku akan berada di sekolah lagi iaitu di Tingkatan 6. Tapi mungkin itulah yang terbaik bagiku, kemudian aku sambung lagi belajar di Giat MARA. Giat MARA ni merupakan institut pendidikan juga ye. Seterusnya sekarang inilah sambung ijazah di Universiti Utara Malaysia. Pembelajaran ni kan sepanjang hayat.

Sebenarnya, perancangan aku setelah tamat belajar ialah akan mencari kerja dan duit. Yelah nak bayar hutang belajar lagi. Tapi perancangan aku andai aku sudah berkahwin pula, aku taknak bekerja di luar. Huhuhu. Tapi entah laa aku pun takut juga dengan ekonomi sekarang, mampu menampung kos sara hidup ke tidak. Aku lebih suka bekerja di rumah, buka business sendiri macam tu laa. Harap-harap laa tercapai. Amiiinn :)

Jika dilihat Hierarki Keperluan Maslow sendiri, beliau telah meletakkan 5 keperluan utama manusia. Aku lihat dari sudut psikologi ye, sebab Maslow ni Psychologist walaupun teori ni banyak digunakan dalam business, management dan banyak lagi. Iaitu dimana tahap yang pertama keperluan fisiologi yang paling penting di mana sampai satu tahap apabila kita bekerja mencari duit. Kita akan mula hendak ada rumah sendiri, mempunyai kereta dan melengkapkan semua keperluan itu. Setelah itu kita inginkan keselamatan sama ada dari segi kewangan, kesihatan, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Apabila dah stabil, setiap daripada kita tidak boleh lari daripada fitrah setiap insan iaitu ingin rasa dipunyai, berkasih sayang. Maka wujudlah ikatan suci yang dipanggil perkahwinan. Dalam kehidupan bermasyarakat pula, pastinya kita ingin rasa dihormati atau dapat memberi sumbangan dan diberi pujian/ganjaran sebagai tanda kita dihargai. Dan yang paling atas sekali, ini yang agak sukar dicapai oleh semua orang iaitu kesempurnaan, atau kepuasan diri. Dimana kita berjaya mencapai segala apa yang dicita-citakan itu.

Sejujurnya, aku sendiri pun taktau aku berada di tahap mana jika mengikut hierarki keperluan di atas. Kalau siapa yang bercadang nak jadi boss/manager yang cemerlang, mestilah pastikan segala keperluan pekerja seperti di atas dipenuhi ye.



Saturday, 6 February 2016

Antara Menjahit, Memasak, dan Mengambil Gambar

18:07 0 Comments
Assalamualaikum.

Setiap orang mesti mempunyai minat yang dia suka buat kan. Sama ada dia cenderung atau rajin ke tidak untuk buat, itu jelah. Bagi aku, kemahiran tu penting dan perlu ada dalam diri kita. Kalau yang betul-betul baca blog ni, akan nampak post aku banyak tentang masakan, lepastu menjahit, dan gambar-gambar yang aku ambil. Sebenarnya, ketiga-tiga ni adalah antara minat aku. Tapi takde la nak kata aku ni mahir sangat, masih lagi belajar dan terus belajar. Jadi, aku nak kupas sikit laa antara semua tu.

Memasak
Masak ni sebenarnya bagi aku takde la susah sangat. Heheh. tapi itu tak bermakna senang. Memasak memerlukan kerajinan dan keinginan untuk mencuba. Cuba jaya. Tambahan pula sekarang ni resepi masakan memang amat mudah untuk didapati di internet. Hanya taip di Google search sahaja apa yang kita nak, semua akan keluar. Begitu juga di Facebook, hari-hari aku nampak orang dok share resepi. Kita cuma perlu ikut sahaja arahan di situ. Masak ni tak perlu pandai, tapi perlukan kerajinan. Memang sekali masak tu mungkin tak jadi, tapi bila kita dah try berkali-kali, kita akan nampak kesalahan tu, dan insyaAllah akan jadi. Definisi pandai memasak ni luas sebenarnya, ada orang yang mahir dalam baking (kek, kuih), masak lauk pauk, dessert, pastry, dan sebagainya. Biasanya orang takkan mahir kesemua, mungkin dia pandai dalam baking tapi kurang dalam masak lauk pauk. Aku nii taktau laa mahir dalam mana, rasanya dessert dan masak lauk pauk tu boleh la kot.


Menjahit 
Menjahit ni di awalnya susah, tak seperti memasak boleh terus je follow resepi dan siap jadi. Menjahit ni memerlukan kesabaran yang tinggi (especially tailor). Hahaha. Menjahit ni kita perlu belajar di depan mata dan tengok cara-cara dia. Sebab tu kalau orang yang takde basic menjahit ni bila tengok ukuran pola, dia takkan faham dan nampak bagaimana sepasang baju tu terhasil. Menjahit baju ni boleh juga untuk dicuba, tapi sebelum tu memang kena tahu asas la. Menjahit bagi pakaian wanita dan lelaki sebenarnya tidak sama. Kita perlu tahu ukur badan dengan tepat serta tahu juga bentuk badan wanita dan lelaki. Menjahit ni pun luas, ada yang mahir menjahit langsir, pakaian wanita sahaja, menjahit manik, dan sebagainya lah. Bagi aku pula, cukuplah tahu menjahit untuk diri sendiri, pakaian yang kita selalu pakai. Tapi aku tak betul-betul mahir lagi lah. Huhuhu banyak kena belajar lagi nii.


Mengambil gambar
Mengambil gambar ni memerlukan mata hati. Kedua-duanya kena berfungsi. Cewahhh. Hihi. Selain itu, ambil gambar ni perlu kreatif, tahu sudut mana yang nak di ambil. Sebenarnya, jenis camera tu tak memainkan peranan sangat, yang penting diri sendiri tu tahu cara. And last sekali yang paling penting ialah tahu edit. Hahaha. Percayalah, kebanyakan gambar-gambar cantik yang kita tengok tu adalah gambar selepas di edit. Aku sendiri pun edit juga, kalau ambik gambar macam nature tu aku tahu laa. Kalau nak ambil gambar orang semua ni tak reti sangat. Kadang ni bila kita nak ambil gambar yang terbaik di tempat awam, memang kena ketepikan la rasa malu tu. Hahaha biasa la kadang tu nak kena duduk la tunduk la apa.


Itu sahajalah minat aku setakat sekarang ni rasanya. Sebenarnya semua tu aku tak pandai pun dari mula. Macam memasak tu, dulu aku malas kott. Hahaha. Lagipun mak aku suri rumah je, memang dia la yang selalu dok masak, tu yang aku jadi malas. Kemudian bila dah besar, umur nak masuk 20-an barulah berjinak-jinak, tambah perempuan pulak kan. Orang kan selalu kata kalau nak kahwin perlu pandai masak hahah. Best sebenarnyaa memasak ni. Jadi satu kepuasan bila orang makan air tangan kita, dan diorang cakap sedapp. Fuhhh rasa dihargai. Baru-baru ni aku ada terbaca satu tweet tentang lelaki. Patutlah lelaki asyik nak perempuan pandai masak je kan. Hihi
Hehe betul ke para lelaki sekalian? 

Dalam menjahit pula, minat tu penting juga. Macam aku sendiri kalau memang tak berminat menjahit, daripada mula lagi aku takkan mengikuti kursus menjahit selama 6 bulan di Giat MARA tu. Kadang tu sampai bebai jugak aku menjahit bila tak jadi kemas, senget la apa semua. Huhuhu. Memang kesabaran tu teruji disini.

Bagi mengambil gambar, kena perlu rajin dan mata kita perlu lihat daripada pelbagai sudut, bukan fokus kepada objek semata. Hehe tapi aku sendiri mula belajar dok ambil gambar ni bila start guna iPhone dulu. Hahah kalau bagi DSLR memang aku tak reti guna dan ambik. Tapi teringin la juga nak belajar guna DSLR pula. Mungkin suatu hari nanti, kiranya aku reti ambil gambar guna fon je. Bila keluar dengan kawan-kawan yang tak sekepala dengan aku dalam ambil gambar ni, kadang geram juga hahaha, asyik nak selfie jee.. Aku pun banyak perhati cara orang ambil gambar, kemudian praktikkan. Nak edit pun tu aku takde lah pandai sangat. Apps yang aku selalu guna untuk edit gambar ni ialah VSCO, MIX, Snapseed.

Ini daripada pandangan aku lah, lagipun aku bukannya pandai pun dalam semua ni. Lebih kepada suka-suka, rasa minat, ingin mecuba serta menambahkan kemahiran. Ketahuilah bahawa setiap bidang yang aku sebutkan semua tu, yang paling mahir dan pakar sekali adalah LELAKI.


Thursday, 4 February 2016

Bahasa Mencerminkan Diri

14:27 0 Comments
Assalamualaikum. 

Tetiba rasa nak bercerita sedikit tentang penggunaan bahasa seharian kita. Sebelum ni asyik post resepi je kan. Hahaha. Ramai di antara kita yang tidak sedar apa yang kita cakapkan. Aku sendiri pun kadangkala mungkin tidak terlepas juga. Sama-samalah perbetulkan diri. Bahasa yang digunakan tidak kiralah di media sosial, ataupun dalam dunia realiti. 

Walaupun aku tahu, bila dengan kawan-kawan kita macam bebas sikit nak menggunakan apa sahaja bahasa dan perkataan. Tapi apa salahnya jika kita tidak menggunakan terus. Sebenarnya, bila diri kita dah terbiasa, memang itu sudah sebati dan sukar nak diubah. Walau macam mana marah sekalipun, kawallah diri dengan baik. Penggunaan bahasa ni boleh mencerminkan diri kita yang bagaimana. Terutama sekali golongan perempuan. Kan tidak manis didengar dan dibaca.

Begitu juga bahasa dengan pemimpin. Ye, aku tahu sekarang pemimpin-pemimpin di Malaysia ni amatlah teruk, tapi tidak perlulah menggunakan bahasa yang kesat dan sebagainya. Kita juga punya adab sebagai masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Kadang rasa macam satu kepuasan bila dapat menyebut dan berkata macam-macam terhadap orang. Tapi apa beza kita dengan diri dia, walaupun memang dia seorang yang teruk. Sama juga apabila kita dengan pasangan, aku juga tak berkenan pasangan yang mudah mengeluarkan kata makian ni. Bukan apa, andai suatu hari nanti hubungan bermasalah ke, tidak mustahil juga kata-kata sebegitu akan kena kepada kita.

Kesimpulannya, berbahasalah dengan bijak jangan mudah mengikut emosi, hal ini kerana orang sekeliling semua memerhati dan boleh men'judge' diri kita. Gunakanlah bahasa di media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp group dengan baik.