Follow Us @syahbinar

Saturday, 9 January 2016

Saya HIV Positif

Assalamualaikum...

Entah kenapa dari haritu aku rasa macam terpanggil untuk ceritakan pengalaman aku bersama remaja yang positif HIV. Mungkin kita sebagai masyarakat perlu ambil dan kena tahu. Aku juga mengakui sebelum pergi ke program ni, aku ada sedikit stigma dengan mereka. Siapa yang tak takut weh bila dengaq perkataan HIV ni.

Sebenarnya ni program di bawah Red Ribbon Youth Club (RRYC) universiti aku sendiri, yang mana RRYC ini di bawah Majlis Aids Malaysia sendiri. Jadi program ni diadakan di Hotel Vistana, Kuala Lumpur selama satu hari. Sebelum tu kami bermalam di Institut Sosial Malaysia, boleh tahan cantik dan selesa weh tempat dia, ala-ala macam hotel jugak bilik penginapan tu.


Masa pagi itu kami mendengar penerangan daripada Doktor yang dalam bidang HIV ni sendiri, adoii lupa pulak nama dan details dia. Masa dalam dewan ni memang dah ada budak-budak dari rumah perlindungan HIV, tapi masa ni aku betul-betul tak perasan lagi diorang. Kami juga diminta untuk tidak merakam apa-apa, dan kalau hendak ambil gambar pun cukup untuk simpanan sendiri.
Lepas tu, tibanya slot Prof. aku pula, sekali dia suruh anak angkat dia yang mana pembawa HIV positif ni menceritakan kisah hidupnya dari kecik sampailah sekarang, masing-masing semua pakat merah mata. Menangis wehhh. Dah laa dia tu lelaki sebaya dengan aku pulak, rupa pun ada jugak. Hahaha. Tapi tulaa tak sangka HIV. Tapi serius sangat terasa bilamana dia ceritakan kisah hidupnya yang dia sendiri pun tak kenal siapa mak ayah dia, masa kecik-kecik dulu dia hampir dijual, tapi nasiblah ada jumpa dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat ke apa tah, lepas tu dia selalu jatuh sakit sehinggalah dapat tahu yang HIV, dan nasibnya baik berjumpa dengan Prof. aku untuk ambil dia sebagai anak angkat. Lepas tu, dia pun cerita la bagaimana dia bersekolah, bagaimana bila kawan-kawan dia dapat tahu semua, sampaikan dia pernah bercinta, dan bila makwe dia tahu terus putus. :( Dia juga ada kata yang Prof. aku tu selalu cerita pasal "hubungan" sehinggakan dia rasa malu. Which is good for him to know early mungkin sebagai langkah pencegahan.

Masa ni buat aku terfikir sejenak, bagaimana andai kata nanti aku dah nak berkahwin dan selepas ujian HIV tu salah seorang daripada kami pembawa HIV??? Huhuhu.. Sanggupkah???
Tapi Doktor tu ada cakap ada caranya kalau orang yang positif HIV ni nak berkahwin dan dapatkan zuriat yang bebas HIV. Seperti mana yang kita tau baby dapat HIV daripada susu ibu sendiri.

Masa sebelah petang tu pula, kami ada ice breaking dengan remaja-remaja positif HIV ni. Seriuss wehh, kalau tengok depan-depan ni muka depa suci jaa, dan boleh tahan hensem jugak semua. Hahah. :P Memang tak sangka langsung ada HIV. Kita taktau betapa kuatnya semangat depa nak melawan tu, depa kena makan ubat mengikut ketetapan, tak boleh tinggal. Mereka juga sangat memerlukan sokongan daripada masyarakat, sebab kalau mereka sendiri down dan lemah, stage sakit depa tu akan meningkat lagi teruk. Sokongan psikososial penting. Ada budak perempuan tu sampai nampak kesan dia gigit-gigit tangan dia, dan taknak makan ubat.

Dalam kumpulan aku ni, ada sorang budak lelaki ni lebih kurang sebaya aku jugak la, dia dapat HIV dari mak dia, dan mak dia pun dah lama meninggal. Dia masih mencari-cari ayah dia sampai sekarang. Bayangkan bagaimana perasaan aku masa ni bila dengar dia cerita dari dekat. Tapi apa yang aku kagum memang nampak la semangat dia tu agak tinggi. Dia juga ada sebut "Si X yang cakap kat depan tadi tu untunglah sebab dia berjumpa dengan pensyarah yang educated tentang ni." Yang mana dia merujuk kepada anak angkat Prof. aku tadi. Dia jugak ada bagitau, bahawa Majlis Aids Malaysia telah menegur stesen-stesen TV yang memaparkan drama tentang HIV yang banyak membuatkan orang ramai jadi takut. Sedangkan realitinya orang HIV ni tak macam tu pun, kulit mereka elok je. Kalau kita perasan, sekarang ni pun memang dah takde sangat kan drama-drama yang macam tu.

Hmm... banyak sebenarnya yang aku dapat kat sini, persepsi aku pun dah berubah. Jadi, buanglah stigma, judgemental semua terhadap pembawa HIV ni. Memanglah HIV ni virus, tapi ia bukan begitu mudah sahaja nak berjangkit. Sampaikan kita terus taknak dekat dengan orang tu, taknak ambik diorang bekerja dan bermacam lagi diskriminasi. Mereka juga manusia seperti kita, terutama sekali yang remaja ni lah sebab diorang langsung taktau apa-apa dan tak minta pun jadi macam tu, kebanyakan daripada mereka ni dapat HIV daripada mak ayah sendiri. Sudah ditakdirkan oleh Allah begitu, siapa kita nak melawan dan mendikriminasikan mereka.