Follow Us @syahbinar

Monday, 11 January 2016

Homemade Ais Krim Yang Mudah

Sejak aku berada di UUM haritu, bermacam-macam list makanan yang aku tengok dan teringin nak buat sendiri. So, ini diantaranya lah dan bakal menyusul selepas ini. Hikss.


Haaa.. Daripada situ la aku tengok. Mudah sangat kan? Tapi aku olah dan google la sikit ikut citarasa aku hehehe. Dia buat ais krim kopi, aku nak buat ais krim Oreo ala-ala macam McFlurry tuuu.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Whipping cream
- Sepeket Oreo
- Esen Vanilla
- Susu pekat


Kalau perasan, aku guna whipping cream yang kecik je tu kan? Hahah sebab whipping cream jenama ni mahal weh, yang kotak macam Dutch Lady kecik ni pun dah dekat RM10. Kalau yang besaq nuu RM20. Huhuhu. Jadi atas keinginan ingin merasa dan mencuba air tangan sendiri, aku guna yang kecik ni jelah. Gitteww. Beli ais krim di kedai lagi murah kos dia rasanya.

Cara membuat:
  • Putarkan whipping cream sampai dia jadi gebu. Tapi pastikan juga jangan terlebih mix.
  • Bila dah gebu, masukkan susu pekat. Bergantung pada rasa sendiri laa, kalau nak manis boleh letak banyak. Aku letak dalam 5 sudu susu pekat ni.
  • Kemudian, masukkan dua sudu esen vanilla.
  • Masukkan biskut Oreo yang telah dipatah-patahkan ke dalam bahan whipping cream tadi. Putar sedikit.

Agak rasa macam dah sebati tu, nak masukkan kepingan biskut Oreo tu pun boleh ataupun kalau nak letak choc chips yang kecik-kecik lagi laa disarankan. Disebabkan aku suka Oreo ni, jadi aku memang letak banyakkk laaa. Hahaha. 
  • Masukkan dalam bekas, kalau masa ni nak taburkan Oreo atau chocolate chips tu lagi kat atas pun boleh. Dan teruslah simpan dalam fridge kat bahagian atas tu. 

Simpan dalam fridge lebih kurang 6-8 jam ataupun semalaman. Kemudian dah boleh makan depan TV hehehe. Disebabkan aku punya mix kan sekali bisukut Oreo dengan whipping cream, so dia nampak koko-koko lah sikit ais krim tu. Kalau korang nak putih je bolehlah just campur dan kacau sahaja biskut tu.


Makan time sejuk-sejuk lagi. Pehhh.. Memang nikmattt.. Dah laa musim panassss sekarang nii.. Apa nak kataaaa...