Follow Us @syahbinar

Thursday, 14 January 2016

Pokok Comel Saya

Assalamualaikum...

Masa awal tahun lepas, aku ada laa tengok sejenis pokok rumput di dalam pasu ni yang mana orang panggil "smiley grass in pot". Hahaha comel kann, tetiba rumput tu tumbuh bebanyak dah macam rambut. 



So memang aku dok cari dan teringin laa nak memiliki, tapi memang agak susah nak jumpa. Taktau la kat mana jual. Tambah pulak aku yang duduk Langkawi ni lagi laa susah. Kalau ada siapa tau dan jumpa mohon laa bagitau. Hihi

Masa awal sem tu ada karnival apa entah kat UUM tu ada terjumpa orang jual kaktus, so aku pun beli laa sepokok je masa ni. Tengok kaktus yang kecik-kecik tu memang comel, geram pulak. Kaktus sebagai teman dan terapi. Gitteww. Hihihi. Macam aku sendiri yang selalu mengadap laptop di atas meja ni, jadi kena la ada something atas tu biar rasa macam tenang sikit lepas asyik pandang skrin laptop je. Hahaha
Inilah first pokok masa aku beli kat UUM dulu, ubah ke pasu yang besaq sikit dan letak batu warna-warni tu dengan pacak sikit cendawan kecik. Hehe. Masa aku beli ni kan tengah trend ais krim pasu, so memang aku upload kat Instagram dengan caption "The original ais krim pasu" hahaha memang siap ada yang komen kata nampak macam betul. Tapi usianya tak panjang, masa aku nak balik cuti sem tu, tengah tarik beg nak turun tingkat bawah, kaktus ni terjatuh. Huhu. Lepastu masa dekat jeti Kuala Perlis pun terjatuh lagi ada laa sikit yang patah, dah laa tengah kalut-kalut. Bila dah letak kat rumah dalam seminggu tu nampak dia macam nak mati. :( 

Ni kaktus orang bagi. Hihihi. Ada bunga-bunga.
Haaa.. Yang kat atas tu, kaktus orang belikan kat Cameron masa bulan September lepas. Pastu campur yang aku ada dekat rumah dua pokok, jadilah tujuh pokok kesemuanya. Hehehe. Aku siap jaga bawak ke UUM lagi kotttt. Ntahlaa, sebab aku memang suka bila tengok ada atas meja dekat dengan aku. Tapi..tapi.. masa aku cuti midsem seminggu bulan November tu, aku tinggal la dalam bilik. Lepas naik cuti tu aku tengok tiga pokok macam dah nak mati. Huwaaaa :'( sedihh kottt. Sebelum balik cuti tu memang aku dah siram, taktauu laa kenapa. Mungkin takda kena cahaya, ke apa kot sebab aku letak pokok tu atas meja tepi tingkap. Yelah bila dah takde orang dalam bilik tu, jadi tertutup jelah semua.

Hehehe.. Ni atas meja kat dalam bilik aku di rumah. Ingat macam nak ubah ke dalam pasu kaca, tapi tulaa dok cari yang sesuai dan murah-murah sikit. Hahah
Aku ada terbaca dalam Akhbar Kosmo di bawah ni yang nak jaga kaktus ni mudah je dan tak perlu siram sampai setiap hari, seminggu sekali pun dah cukup. Baru tau juga yang kaktus ni tak boleh selalu berubah-ubah tempat, kalau tidak cepat mati.  
Hahahha.. Tajuk diaaa.. Sesuai untuk orang SIBUK dan MALASSS 
Kalau pergi Cameron Highland tu memang wajib beli ni okayy. Hehe. Aku ingat suatu hari nanti bila dah ada rumah sendiri nak tanam pokok bebanyak laa hahah. Buat mini garden. Oh comelnyaaa ;)