Follow Us @syahbinar

Sunday, 17 January 2016

Pengalaman Menderma Darah

Assalamualaikum.

Di usia aku yang baru menginjak 22 tahun ni, aku dah 3 kali menderma darah sejak umur aku 18 tahun. Sebelum aku layak menderma lagi, aku memang dah berminat dan teruja untuk menderma darah ni. Taktau kenapa, mungkin semangat ingin membantu dan menyelamatkan nyawa orang tu telah wujud. Cewahhh. Masa sedang scroll Twitter semalam, aku nampak laa tweet doktor yang mempromosikan #KempenDermaDarah ni kepada orang ramai. Jadi aku berasa terpanggil untuk menceritakan sedikit pengalaman menderma darah ni, disamping boleh mengajak masyarakat di luar sana untuk menderma darah.

Semasa kali pertama menderma darah tu aku menderma di Langkawi, yang mana anjuran Pejabat Pelajaran Daerah dengan kerjasama LADA. Dah laa pergi dengan pakai baju sekolah sebab masa ni aku Form 6. Hahah. Ingat lagi time tu pagi dan orang siap sedia makanan lagi, kira macam sarapan laa, dengan bihun goreng, kuih-muih lagi. Aku pulak masa tu first time, dengar pulak orang kata sebelum menderma darah ni kena makan banyak takut nanti pengsan. Aku pun apa lagi, memang makan banyak jugak laa heheh. Kemudian kena isi borang tentang tahap kesihatan kita. Lepas tu, nurse akan ambik darah untuk lihat kategori darah kita. Masa ni buat pertama kalinya aku tahu jenis darah aku. Darah A+ rupanya heheh. Then, pergi kat bahagian doktor pulak dia check tekanan darah. Tahap haemoglobin darah yang sesuai untuk menderma ialah minimum 12.5 gm%. Kalau kita tak lepas ni memang tak dapat la nak menderma. Kalau darah kita cair atau pekat sangat pun tak boleh jugak. Jadi aku pun pergilah ke fasa yang terakhir, iaitu nurse akan cucuk ambil darah. Huhuhu. Satu beg tu wehhh. Tips aku untuk orang yang nak menderma tapi takut darah, jangan laa tengok masa nurse tu cucuk. Kalau tengok memang laa seriauu. Macam aku sendiri pun aku tak sanggup nak tengok. Heheh.
Ni dapat masa first time menderma dan masih terletak elok di atas meja. Hihi
Kali kedua aku menderma darah adalah di Tesco Mergong, Alor Star. Masa tu nak pergi kedai buku Popular, kebetulan nampak team Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah tengah buat derma darah di depan kedai buku tu. Aku pun rasa nak menderma la sebab dah lebih setahun aku tak menderma darah, then terus pergi isi details, check semua, dan aku pun layak untuk menderma darah.

Kali ketiga aku nak menderma darah adalah semasa di UUM sendiri, masa ni kemain yakin dan bersemangat nak menderma, lepas isi borang tu, pergilah ke bahagian nurse untuk ambil sedikit darah. Lepas dia check darah aku tu, tetiba dia kata aku tak boleh menderma sebab darah aku cair. Huhuhu. Terkejut jugak aku masa ni, sebab sebelum ni dah dua kali aku telah menderma. Kemdian dia bagi aku vitamin dan asid folik untuk makan. Balik tu terus aku google kenapa darah cair, lalu terjumpa dengan satu gejala yang dipanggil Anaemia iaitu kekurangan jumlah sel darah merah atau kandungan haemoglobin didalam darah. Macam kes aku sendiri ni, lebih kepada faktor pemakanan la, mungkin aku kurang makan sayur, makanan yang mengandungi zat besi, vitamin semua tu. Lepas tu terus aku makan vitamin yang diorang bagi tu dan banyakkan makan sayur. Hahah

Kali keempat aku menderma darah adalah di UUM juga, masa ni memang elok laa aku pun baru lepas makan tengah hari, then nampak ada program derma darah. Lepas aku dah isi borang tu, aku cakap la kat nurse tu, "Nurse masa sebelum ni saya nak derma darah, tapi tak lepas sebab darah saya cair, tapi saya dah dua kali menderma". Nurse tu pun jawab la "Okay takpa mai kita check tengok dulu, makan dak vitamin yang depa bagi" Aku pun jawab laa makan. Lepas tu, Alhamdulilah darah aku dah normal kembali, check blood pressure semua okay dan aku layak untuk menderma darah. Tetiba masa nak cucuk tu, nurse perempuan tu cakap ke aku "Ishh, awat yang tangan lembut sangat ni, nak cari urat pun susah" dia pun cakap laa kat kawan nurse dia yang lain. Diorang kata aku ni dok belajaq jaa, tak buat kerja berat hahah. Tapi jumpa jugak la lepas diorang spray apa entah, lalu aku pun dicucuk.


Kali kelima aku nak menderma darah adalah di program luar universiti aku bersama masyarakat kampung. Masa ni sebab tengok kawan-kawan aku pun menderma, aku pun ikutlah sekali. Setelah isi borang, di check darah semua tu dan aku pun layak, maka baringlah aku di atas tu. Datang la nurse lelaki ni nak cucuk, tetiba dia nampak aku punya details asal Langkawi. Terus dia tanya aku duduk mana apa semua. Hahaha rupanya dia pun orang Langkawi jugak. Lepas tu terus dia pass kat kawan dia untuk cucuk aku. Dia kata dekat kawan dia lebih kurang camni, "Orang kampung aku ni, tak berani la" Hahahah aku punn berkata dalam hati "Laaa kawan nii, pasaipaa". Bila kawan dia tu mai nak cucuk aku, maka cari laa urat aku tapi tak jumpaaa. Huwaaaaa :( sampai dia spray pun tak timbul juga katanya. Sebelum ni memang aku dah biasa untuk cucuk tangan sebelah kiri, so dia cakap aku cuba tukar tangan kanan pula. Aku pun ikut la, tapi sebelah kanan ni pun sama jugakkk, tak jumpa juga uratnyaa, sampai lebam dia cucuk akuuu. Wuuwuwu. Apa yang aku boleh katakan, nurse lelaki ni cucuk sakittttt, sebelum ni aku tak pernah terasa sakit sangat. :'( sampai diorang pun tegur muka aku dah nampak merah. Bila dah jadi macam ni, aku kata takpelah mungkin takda rezeki, dah laa sakit pastu lebam pulakk. Diorang suruh cari ais letak kat bahagian lebam tu, aku pun pergilah cari nasiblah memang ada. 

Jadi, itulah beberapa pengalaman aku semasa hendak menderma darah. Daripada 5 yang aku pergi, hanya 3 sahaja yang dapat aku dermakan. Huhuhu. Berkenaan urat aku yang susah nak jumpa tu mungkin la aku ni kulit tebal sikit dan jarang buat kerja berat hahaha. Tapi yang pasti aku taknak dah lepas ni kalau nurse lelaki. Semalam aku ada la bertanya berkenaan urat ni di Twitter:

Hahaha. Kemain jawapan Dr. bagi

Kalau korang ada sebarang kemusykilan tentang kesihatan bolehlah follow diorang ni dan ajukan soalan. #MedTweetMy yang mana terdiri daripada doktor pakar pelbagai bidang, di samping boleh menambah ilmu. Sebenarnya, banyak manfaat apabila kita menderma darah ni, hilangkanlah rasa takut dan mitos di dalam diri itu. Menderma darah tidak menyebabkan kegemukan, malah dapat menghasilkan darah baru dalam badan.

Apabila pertama kali menderma darah, kita akan diberikan buku merah kecil di mana buku ini akan merekod setiap kali kita menderma darah. 

Ini adalah buku kedua aku hahah sebab dah pernah hilang sebelum ni 

Apa yang bestnya setiap kali menderma darah ini ialah kita akan diberikan sijil penghargaan dan sedikit makanan ringan yang terdiri daripada air kotak, snek, biskut dan sebagainya. Hehehe kira okay laa tuu kann. Untuk menderma darah ini sebenarnya banyak kriteria dan syarat yang telah ditetapkan sebelum kita layak menderma. (Boleh rujuk di sini) Bagi aku, walaupun ada sesetengah orang yang tidak melepasi kriteria yang telah ditetapkan untuk menderma darah, namun jika ada niat untuk membantu orang dengan menderma darah, itu sudah cukup mulia. 

"Every blood donor is a HERO"