Follow Us @syahbinar

Wednesday, 13 January 2016

My New Baby: Mesin Jahit

Assalamualaikum.

Hahaha kemain tajuk entry siap berbaby-baby. Sebenarnya aku baru dapat mesin jahit, pemberian kakak aku. Sebab aku dok merengek sangat kat dia nak mesin jahit, maka bersempena dengan birthday aku baru-baru dia belikan la untuk aku. Hehehe. 

Sebagai new beginner lagi dalam bidang ni, maka beli yang biasa, kecik dan murah jelah. Mungkin nanti bila dah expert dan berkemampuan boleh la beli yang lagi canggih dan berkualiti. Lagipun aku kan masih belajaq lagi, bila time cuti ada kat rumah macam ni lah baru boleh nak menjahit.


Hahaha.. Mesin jahit ni bukan guna USB ye, tersilap amik gambar ni, tu wayar lain. Aku letak mesin jahit ni atas meja yang satu-satunya ada dalam bilik bersebelahan dengan laptop pulak tuu. Heee ada ruang lebih lagi tepi tu, lagipun kecik je. Sambil menjahit boleh laa on laptop, cari tutorial menjahit ke. Hikss. Multitasking gitteww.

Untuk pengetahuan juga, masa lepas habis STPM dulu, aku masuk Giat MARA selama 6 bulan dan ambil kursus jahitan. Hahaha. So ada laa basic tu sikit, tapi aku banyak main jugak waktu belajaq kat situ dulu. Alahaii rugi jugak laa.. Hmm.. Syahbinar :( 
Tapi sebenarnya menjahit baju ni bukannya mudah seperti yang kita semua sangka. Tambah pula bila kita tersalah jahit ke apa. Nak kena tetas semula. Fuhhh, memang menguji kesabaran. Jadi tak hairanlah, upah menjahit sekarang agak begitu tinggi. Bagi aku sendiri pula, lebih prefer menjahit untuk diri sendiri je. 

Hehe tu nama kursus aku ambil masa belajar di GiatMARA dahulu

Bila dah lama tinggal menjahit ni, banyak yang aku dah lupa. So nak kena search dan rujuk orang lain. Aku ada juga add dan follow tailors yang mahir dan selalu share tutorial di Facebook. Ingat nanti dapat BB1M nak spend untuk beli buku menjahit laa. Masa baru-baru ni juga aku ada ternampak post ni kat FB, so aku ingat nak cari kain lawa-lawa dan sesuai untuk jahit shawl. Hehehe. Jimaattt kottt.. Lepas tu boleh laa aku nak jahit jubah ke baju kurung. 

Kalau nak ikutkan dekat rumah aku ni ada je mesin jahit Singer yang pesen lama dulu, yang gunakan kaki. Mak aku la yang selalu dok guna, tapi biasa la bila yang dah lama ni selalu jugak ada problem. Lagipun bukan kami beli sendiri, yang orang dah tak guna ke macam mana ntah, aku pun dah lupa haaa. Aku memang tak pandai guna yang ni, taktau la sebab apa hahaha. Mungkin sebab dia kena main gerak-gerak kaki tu kot, kalau aku jahit pun memang tak berapa jadi kemas sangat. Kiranya, mak aku jelah yang terer guna. Huhuhu. 
Tapi aku ada laa impian dan teringin nak beli mesin jahit jenama Brother yang Hello Kitty tuu. Pehh comel gilaa wehhh. Mohon bakal suami nanti belikan sebagai hantaran ke. Hihihi.
Yang ini laa. Hihi comel kan? Tapi harga memang boleh tahan mahal jugak laa. Huhu


Yang jenis macam kat atas ni pulak aku dah pernah try guna dulu, masa tu Syarikat Brother ni datang ke UUM bagi kelas menjahit tote bag. Kiranya disamping untuk mempromosi produk diorang ni sekali la. Mesin ni ada sekali dengan jahitan sulam, fuhhh memang best kott wehh gunaa nii. Aku masa memula tu macam kekok jugak sebab canggih sangat, dah automatik je semua, siap dengan LCD touch screen, lepas tu kita ni just tekan-tekan butang tu je untuk reverse, potong benang. 

Doakan aku akan mahir dan kemas menjahit ye kalian. :)