Follow Us @syahbinar

Wednesday, 27 January 2016

Membuat Jubah Biasa: Cara Memotong dan Menjahit

Assalamualaikum..

Ini adalah sambungan daripada belajar membuat pola jubah yang lalu, boleh dilihat disini. Setelah kita dah siap melukis pola, sudah tentu akan memotong kain pula kan. Okay bagi yang tiada asas untuk memotong kain, disini aku akan ajarkan sedikit bagaimana caranya. Pertama sekali, kita mestilah lihat ira  pada kain itu sendiri. Hal ini untuk memastikan kain yang dijahit itu nanti akan terbentuk dan beralun cantik apabila dipakaikan pada badan kita.

Haa.. Inilah tanda untuk kita lihat ira pada kain, ira lurus. Kiranya kain ni diambil menegak la mengikut tanda tu. Kalau kain kosong macam ni pula, kita perlu melihat pada tanda tu juga untuk tahu mana satu bahagian dalam dan hadapan. Biji-biji yang kita rasa timbul dan kasar itu adalah bahagian dalam.

Lipat dua kain macam ni. Kenapa lipat dua? Sebab kita akan ambil bahagian lipatan tu, apabila dipotong, ia akan menjadi lebar la ikut saiz badan kita. Sebenarnya simbol untuk lipatan lebih kurang camni lah hehe tak jadi sangat .'.

Letakkan pola di tepi sama bahagian lipatan tu, cucuk dengan jarum peniti supaya dia tak gerak-gerak. Kemudian ambil kapur jahitan tanda mengikut pola tu dengan basi sebanyak 1 inci di bahagian bawah (garisan lurus), 1/2 inci di bahagian atas (garisan lengkung), begitu juga garisan mengikut kertas suratkhabar kerana garisan basi itulah nanti yang kita akan jahit. Langkah yang sama juga dibuat pada bahagian lengan. 

Dah selesai menanda kain dengan kapur tu semua, bolehlah mula menggunting kain. Tips untuk memotong kain ini ialah masa nak gunting tu, jangan memotong sambil angkat kain ye, biar je kat bawah. Hal ini kerana kain tu akan statik, tak gerak sangat, jadi potongan kita tu takde la senget sangat.

Setelah kain siap dipotong, perlu jahit tepi ye supaya benang dia tak tertetas dan tidak berbulu di bahagian tepi. Ambil gambar waktu malam, terus jadi lain warna lain kain ni effect lampu kot. Hahah

Mulakan dengan jahit cantum kedua-dua belah bahu. Kemudian iron, biar basi terbuka ye. Kalau ada nak buat dart pun boleh, macam aku lebih suka dart di bahagian belakang baju je. Lepastu jahit bahagian leher pula, leher ni sebenarnya bergantung kita nak leher macam mana. Macam aku sendiri buat leher bulat je senang. Nak jahit leher susah jugak, ada cara-cara dia. Aku pulak terlupa nak ambil gambar. Nanti insyaAllah aku tunjukkan
  Ni cara-cara untuk buat leher cekak musang, biasanya kita boleh lihat pada baju kurung

Selepas step di atas, aku dah takde ambik gambar dah sebenarnya. Hihi. So selepas dah siap leher, jahitkan bahagian tepi badan pula. Seterunya jahitkan bahagian lengan baju, kalau nak mudah, iron dulu supaya kita nampak line yang terhasil. Kemudian cantum dan jahikan lengan baju di bahagian lubang lengan pula. Dekat sini memang agak mencabar sikit, so memang kena hati-hati dan jahit betul-betul la. Last sekali, jahit laa kelim di bahagian bawah kain dan di hujung tangan. Seeloknya, selepas dah jahit tu, kita iron lah sebab baru nampak cantik dan kemas. Basi biar terbuka untuk pakaian perempuan.

Inilah hasilnya yang telah siap dipakai olehku. Hihihi. Jubah A cut yang simple