Follow Us @syahbinar

Sunday, 10 January 2016

Kenapa Syahbinar?

Assalamualaikum... 

Sebenarnya taktau nak cerita apa, tapi sejak minggu pertama persekolahan ni aku ada perasan laa viral tentang nama murid sekolah yang panjang-panjang memang menyukarkan untuk dieja. Dah laa nama sendiri dah panjang, nama bapak pun panjang lagi. Jadi tetiba aku terfikirkan tentang nama aku. Seperti yang semua orang tahu, nama aku ni agak sedikit rare. Heheh. Memang jarang la nak jumpa sama nama dengan aku. Nama aku ni diberikan oleh abah aku sendiri. Aku pun taktau sejarah dia macam mana. Tapi yang pasti nama aku ni memang tiada maksud. Huhu. Hanya satu perkataan sahaja. SYAHBINAR. 

Ni yang aku nampak viral di media sosial
Apa orang panggil aku? 

Hahaha.. Sejak aku kecik lagi orang panggil aku Pinat. Taktau la dapat daripada mana, memang panggilan tu bawak sampai ke sekolah la. Kiranya itulah nama panggilan aku di Langkawi ni. Ada jugak kat sekolah cikgu-cikgu panggil aku Syah atau Binar
Namun, bila aku start masuk universiti nama Pinat tu terus hilang. Hahaha. Lagipun takde orang kenal dan aku sendiri tak komersialkan nama tu. Di universiti orang panggil aku Binar. Hahhah memula akward jugak, tapi lama-lama layankan jelah. Bila orang tanya nak panggil apa, aku pun cakap "Binar". Tapi bila dah lama-lama tu sampaikan orang panggil aku "Bina" je, huruf R kat belakang tu dah hilang. Hahah aduii layankan jelah. Kadang-kadang ada orang bahan aku dengan nyanyi lagu rasmi UUM. Sebab dalam lirik lagu tu ada repitisi perkataan "Bina". Yang paling takleh blah, kawan aku kat sana cakap nama aku macam kucing dia. Kira nama kucing dia bunyi macam "Sabina" gitu laa.. Heyyyy! -.-
So, bila macam ni aku boleh bezakan laa mana kawan di UUM dan mana kawan di Langkawi. 
Sebenarnya aku lebih suka orang panggil nama penuh, tapi mungkin agak panjang kot. Kadang aku hairan jugak, letak nama panjang pun tapi nama panggilan dia yang pendek je, yang selebihnya kadang orang tak panggil langsung pun. Okay sebagai contoh aku nak bagi, tapi ni memang random je, takda kaitan dengan siapa-siapa ye. 
Nur Fatin Atikah Syahirah Amani. Last-last orang panggil Ika je. Jadi biarlah nama pendek dan simple asalkan senang orang nak eja serta ingat. Hehehe. ada kawan yang aku dah lama lost contact pun still  boleh ingat aku melalui nama. 

Syahbinar di media sosial/alam maya

Masa aku zaman sekolah dulu aku tak terfikir lagi untuk guna nama Syahbinar ni di media sosial. Nama Facebook, Twitter, url Blog lama aku dulu pun masa awal-awal buat tu tak menggunakan nama Syahbinar. Tapi sejak-sejak dah matang mungkin heheh, aku dah tukar kesemua tu dengan menggunakan nama "syahbinar". Memang sekarang ni kalau taip "syahbinar" dekat Google tu boleh kata semua keluar pasal aku jelah. Kalau ada yang baca ni, bolehlah cuba tengok. Hehehe. kesemua akaun yang aku miliki ni menggunakan nama "syahbinar" sendiri termasuklah Instagram, Twitter, Tumblr, alamat email aku. Yang bestnya aku tak perlu nak tambah nombor ke apa ke kat belakang username/ID tu. Hahah. Tapi...tapi... Aku ada jumpa tau budak yang sama nama dengan aku, Intan Syahbinar.  Yang tak tahan tu, nama bapak dia pun sama jugak, Shuib. Aduhaii suratan atau kebetulan ni?? Tapi nasib baik laa aku lahir dulu dari dia, so aku la yang dapat menggunakan peluang dan kesempatan nama "syahbinar" ini dengan sepenuhnya. Hahhah
Jadi bila orang nak bagi domain sendiri ni memang aku grab la peluang ni. Heheh kira macam nak promosi nama sendiri dan nak tanda siap-siap laa. Nasib baik la memang takda lagi orang lain yang guna. Still availabe. 


Okay. Setakat ini sahaja kot kisah disebalik nama Syahbinar.