Follow Us @syahbinar

Friday, 15 January 2016

Inai di Jari

Ada sini yang suka pakai inai jugak macam aku? Kalau ada, kita geng laa. Hehehe 
Sebenarnya taktau kenapa sejak tahun lepas lagi aku suka bila tengok kuku aku berwarna. Bila tengok kuku kosong putih je tu rasa macam "alaaa...tak bestttt". Jadi setiap 2-3 bulan sekali tu mesti aku akan pakai inai bila berada di rumah. Walaupun biasanya pemakaian inai ni selalu dikaitkan dengan kahwin. Hahaha 

Tapi... Inai yang aku selalu pakai ni hanyalah inai pokok sahaja. Nasiblah dekat-dekat rumah aku ni ada orang tanam pokok inai. Memang aku selalu laa pi ambik bila nak pakai. Aku tak suka pakai inai yang segera tu, tak kisah laa tiub ke celup ke apa ke. Yang tiub tu sebab bagi aku takkkk cantikkk dekat kuku, walaupun warna dia terang jugak tapi bertahan hanya sekejap je. Begitu juga dengan melukis inai di tangan, aku tak berkenan jugak. Masa nak dekat hari raya tu ramai orang dok berminat nak lukis inai tu, siap penuh orang beratur aku tengok. Memang laa nampak cantik corak-corak dia, tapi entahlaa. Hihi setiap orang citarasa berbeza. 

Bila guna inai pokok ni selepas diperisi daun daripada tangkai mestilah kena tumbuk atau blend. Macam aku sendiri mestilah tumbuk dalam lesung batu tu. Hahah. Mak aku memang takde nya nak bagi guna blender. Lagipun kami ada dua lesung batu, kiranya tak bercampur la dengan lesung batu yang tumbuk sambal semua tu. 


Haa...ada ke sini yang tak kenal rupa daun inai? Yang kat atas ni laa, gambar google jelah hehe. Nama saintifiknya ialah Lawsonia inermis. Aku juga ada terbaca yang daun inai ni banyak juga khasiatnya, cuma sejauh mana keberkesanan tu taktahu laa. Orang kata, daun pokok inai ni tak semuanya akan menghasilkan warna inai di jari yang merah, ada juga yang warna seakan oren. 
Macam aku sendiri bila nak pakai ni, aku akan pilih daun yang muda dan memang aku takde campur-campur bahan lain selain air untuk memudahkan ditumbuk. Macam sesetengah orang kan ada petua nak bagi inai nampak merah. Pemakaian inai juga selain nak menyerikan jari, ia juga boleh merawat kuku yang rosak.


Hehehe.. Nak bagi naik dan nampak warna inai tu, jadi ambik laa gambar dekat daun hijau. Orang yang selalu pakaikan aku inai ni mestilah mak aku yang tersayanggg. Walaupun selalu jugak ada sedikit comot dan tak kemas sangat, tapi takpelah. :)


Biasanya aku akan pakai waktu malam dalam tempoh 2 jam je. Hahah tak kuasa lama-lama, kadang tu sampai tertido. Bangun-bangun esok tu dah terlucut sendiri. Kalau aku tanggalkan inai tu malam tu juga, selepas dah basuh jari tu, memang tak nampak warna merah lagi, nampak warna macam oren-oren. Bila keesokan pagi tu barulah nampak jari tu dah jadi warna merah macam gambar di atas. Hihi. Mungkin sebab dia baru serap kot.

Trend pemakaian inai semasa majlis kahwin juga tidak begitu asing lagi sekarang bersama dengan inai yang dilukis di tangan. Dah macam kewajipan aku rasa, siap ada juga yang buat malam khas yang dipanggil "Malam Berinai". Tapi macam dah disebutkan tadi, aku tak berkenan yang lukis-lukis tu. Jadi, bila aku kahwin suatu hari nanti pun, memang nak pakai inai ni di jari macam ni sahaja. Sebab itu yang suka. :)

Hikks.. Cantikkk.. Suka simple macam ni sahaja