Follow Us @syahbinar

Thursday, 7 January 2016

Idea

Aku taktau laa nak start menaip ni nak guna greeting apa.. Huhu

Okay, haritu aku ada kata nak sambung kan. So baru malam ni berkempatan sebab WiFi kat rumah baru okay ni. Sebenarnya aku tengah mencari identiti untuk blog ni, tengah dok fikir nak design yang macam mana. Tapi aku suka yang minimalis, tak serabut mata memandang. Dah lama tak berblog ni, banyak yang aku dah lupa. Aku ada la juga teringin nak guna WordPress, macam bosan pulak guna Blogger ni hahaha, tapi orang tu kata susah la hosting apa benda ntah. Okay laa Blogspot ni pun not bad, sebab dah biasa guna.

Aku juga tengah mencari idea untuk menulis apa lagi dalam ni. Apa orang panggil.. 
Haaa... niche blog. Dah laa orang siap pesan awal-awal kat aku "jangan sampai terbiar pulak." Jadi harap-harapnya tidak laa. Hehehe. Nak blogwalking dan follow orang pun aku rasa macam malas jaa. Hahah. Tapi tengok la nanti kalau mood rajin tetiba menjelma.

Entah apa laa aku nak merapu dalam ni... Hmm.. Aku simpulkan sendiri untuk menulis tentang apa yang aku suka, apa yang aku buat, kisah hidupku dan macam-macam lagi laa kot. Heeee. 
Lepas ni kalau pergi mana-mana memang kena ambil gambar laa :P

Tapi kadang tu aku tertanya jugak, blog aku ni ada ke orang baca? Hahaha. Takpela, mungkin boleh buat kenangan. Gitteww..



p/s: Kepada admin, Selamat hari Lahir :)