Follow Us @syahbinar

Sunday, 31 January 2016

Cara Mudah Buat Karipap Guna Roti

Assalamualaikum. 

Pagi tadi aku cuba buat resepi yang dikongsi daripada group masak di FB, iaitu karipap menggunakan roti Gardenia. Hihi. Rasa dia macam mana? Haa mestilah sedap, rangup jugak. Ini memang sesuai la untuk orang yang teringin makan karipap tapi sedikit malas. Hahaha. Boleh juga dibuat bento untuk ke sekolah atau ke tempat kerja.

Bahan-bahan:

- Roti Gardenia sebungkus
- Sardin
- Ubi kentang dipotong dadu
- Bawang besar dipotong dadu 
- Bawang merah
- Bawang putih
- Sedikit perasa (Garam, gula)

Pastikan ada acuan karipap/puff ye..


Cara-cara:
  1. Untuk memasak inti sardin, tumiskan dahulu bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan ubi kentang yang dipotong dadu tadi. 
  2. Agak-agak ubi dah hampir nak empuk (jangan sampai lembik), masukkan isi sardin. Kacau-kacaukan ikan sardin tu biar hancur. Nak tambah air sedikit pun boleh. 
  3. Masukkan gula, garam sesedap rasa dan juga bawang besar tadi. 
  4. Dah siap bahan inti. Ambil roti Gardenia, roll kan terlebih dahulu atau tekan-tekan biar dia jadi nipis macam tepung tu. Masukkan inti sardin tadi ke dalam tu, kemudian tekapkan roti tu pada acuan karipap.

Taraaa.. Hahaha walaupun tak berapa kemas sangat. Hihihi.

Dah siap semua, panaskan minyak dan goreng. Gunakan api perlahan je, jangan terlalu lama sangat.

Hahaha.. Walaupun rupanya tak berapa cantik sangat, tapi rasanya sedap okayy. Untuk memastikan kelim karipap tidak terbuka semasa menggoreng, bolehlah letak sedikit air di bahagian kelim acuan tu, supaya dia melekat. Ataupun bancuh la sikit tepung gandum agak-agak pekat dan letakkan keliling tu sebelum menggoreng.

Kalau nak buat aiskrim goreng guna cara ni pun bolehhhh. Tapi selepas tekapkan ais krim pada roti ke dalam acuan tu, kena letak dalam freezer dahulu biar sejuk beku, kemudian baru goreng. Hihi