Follow Us @syahbinar

Sunday, 24 January 2016

Menjahit Jubah Biasa: Cara Membuat Pola

Assalamualaikum... 

Kali ni rasa nak berkongsi bagaimana cara untuk menghasilkan sepasang jubah  simple atau jubah A cut yang mudah ye. Bila dah betul-betul mahir jubah ni boleh la buat jubah yang fesyen-fesyen lain, princess cut ke. Kiranya basic jubah tu bermula daripada sini laa. Sebenarnya untuk melukis pola ni, aku ada merujuk di sini, dan juga nota semasa aku belajar menjahit dahulu. Untuk menghasilkan baju kurung moden pun sebenarnya menggunakan pola ni juga cumanya labuh je yang berbeza. Sebelum membuat pola ni mestilah kena ada, kertas minyak/surat khabar, pembaris lengkung, dan pensel.

Mulakan melukis pola (Ukuran menggunakan INCI ye)
POLA HADAPAN

A ke B  : Ukuran labuh jubah (Ukur daripada bahu ke bawah kaki)

A ke C  : Ukuran bahu  dibahagi 2

A ke F  : Ambil ukuran keliling dada dibahagi 4 dan ditambah 1 inci (bahagian ketiak)

A ke I   : Ukuran daripada bahu ke pinggang 
               (Standard ukuran paras pinggang ialah 14 ½ inci atau 15 inci) 

I ke J    : Ukuran daripada pinggang ke punggung 
              (Standard ukuran paras punggung ialah 8 inci atau 9 inci)

I ke K   : Ukuran keliling pinggang dibahagi 4 dan ditambah 1 inci

J ke L   : Ukuran keliling punggung dibahagi 4 

B ke M : Ukuran keliling punggung  dibahagi 4 dan di tambah 5 inci 
               (Ikut keselesaan kalau nak kain lagi kembang boleh ditambah lagi) 

A ke D  : Ukuran keliling leher 2 ½ inci 
               (Ini bergantung pada jenis leher sama ada leher bulat atau lain, boleh di adjust)

C ke E   : Turunkan 1 inci 

F ke G   : Ukuran keliling dada dibahagi 4 dan ditambah 0.5 inci

C ke H   : Gariskan lurus

M ke N : Naikkan 1 inci. Gariskan menggunakan pembaris lengkung. Hal ini kerana apabila kain                        beralun, ia masih tetap sama. 

Untuk membuat garis lengkung di bahagian lubang lengan, dapatkan titik tengah antara E ke H, kemudian gariskan menggunakan garis lengkung seperti rajah di atas. Disini mempunyai banyak cara, ada yang keluarkan beberapa inci untuk membuat garisan lengkung.

POLA BELAKANG

Bagi mendapatkan pola belakang pula, boleh menggunakan pola yang sama. Hanya perlu lebihkan dalam 1 atau 1/2 inci. Bahagian leher juga perlu di adjust mengikut kesesuaian leher pada pola hadapan. Begitu juga di bahagian lubang lengan. 

Aku lukis rajah pola di atas menggunakan Microsoft Word, so tak berapa nak jadi sangat la. Hihi


0 ke 1 : Ukuran labuh lengan, garis lurus

0 ke 2 : Ukur keliling dada dibahagi 8 (Biasanya ukuran 4 atau 4.5 inci)

2 ke 3 : Ukur keliling dada dibahagi 4

1 ke 4 : Bukaan lengan dibahagi 2

Gariskan 0 ke 3 dan dibahagi 4. Tandakan di antara garisan 5, 6, 7, 8

Keluarkan 5 ke 7 sebanyak 1/2 inci, begitu juga masukkan 6 ke 8 sebanyak 1/2 inci

Bentukkan semua seperti di atas, guna pembaris yang bersesuaian


Hasilnya apabila digunting, akan dapat begini ye. Yang lengan tu pun sama, gunting je ikut garisan lengkung.

Nanti kalau rajin, aku sambung la cara nak memotong kain ke, menjahit ke. Hikss

SELAMAT MENCUBA :)