Follow Us @syahbinar

Monday, 4 January 2016

4 Januari

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH… tiada kata lain yang dapat aku ungkapkan di saat ini.
Terima kasih Ya Allah kerana masih lagi memberi kesempatan untuk aku hidup di muka bumi ini.

Terima kasih juga kerana masih memberi aku kekuatan untuk terus melangkah dalam mengharungi kehidupan yang penuh berliku ini. Masih banyak lagi cabaran dan dugaan yang aku masih belum hadapi selama berada di dunia ini.
Aku tahu kekadang aku selalu tersasar daripada jalan-Mu. Tetapi Engkau tak pernah melupakan aku walaupun sedetik, malah Engkau terus membantu disaat aku perlukan-Mu.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi nikmat sihat tubuh badan pada usia 18+1+3 tahun ini. haha! kira sendiri okay.. Hari ini merupakan hari lahirku, dan buat pertama kalinya aku menyambut di tempat orang. Bukan di Langkawi maksudnya. Hehe.


Awww.. Sweet tauu Google nii. Wish birthday kitaa pulakkk..

Comel wehhh.. Belon belon di Twitter ini. #syahbinarturns22 

Hari ini jugak aku mula menulis blog semula. Fuhhhh. Berzaman tinggal. Semoga aku terus istiqamah. Gitteww.. Sebenarnya ini merupakan blog aku yang kedua. Hahaha sebab yang dulu aku rasa macam malu pulak, sebab blog tu time aku sekolah form 4-5. Bebudak sangat rasanyewwww.. 
Blogging ni bagi aku best sebenarnya, sebab boleh katakan ramai yang aku kenal, ada yang rapat ada yang tidak. Tapi mostly yang aku kenal semua baik-baik denganku. Heheh.. Ada juga yang aku berkesempatan untuk berjumpa. Tapi itu dunia blog masa dulu laa, sekarang rasanya dah jarang orang main blog ni. Sejak-sejak kewujudan media sosial lain seperti Twitter dan Instagram yang lebih mudahhh dan pantas. 
Taktau la kenapa tetiba rasa macam nak mencoret cerita-cerita, mungkin sekadar mengisi masa terluang dan bahan bacaan untuk diriku ini, tak kisah la kalau takde orang nak baca punnnnn.

Dan bersempena dengan birthday ku pada hari ini, aku dapat domain sendiri untuk blog ni. Yeayyyy! (syahbinar.com)
Antara yang sangat aku impikan dari dulu lagi. #mywishlist Berbanyak terima kasih kepada orang yang berikan itu. Hikss

Rupa blogku di zaman dulu kala. Hahahha. Gegirl sangattt kannn.. Pinkishh
Oklah. Sebenarnya aku ada exam ni esokkk. Lassttt payyyyperrr.. Wuuuu.. Moga aku dapat jawab dengan baik, walaupun jasadku sahaja yang beradi disini, tetapi hatiku sudah berada di tanah air tercinta, Langkawi.


Nanti laa aku sambung balik.