Follow Us @syahbinar

Sunday, 31 January 2016

Cara Mudah Buat Karipap Guna Roti

14:54 0 Comments
Assalamualaikum. 

Pagi tadi aku cuba buat resepi yang dikongsi daripada group masak di FB, iaitu karipap menggunakan roti Gardenia. Hihi. Rasa dia macam mana? Haa mestilah sedap, rangup jugak. Ini memang sesuai la untuk orang yang teringin makan karipap tapi sedikit malas. Hahaha. Boleh juga dibuat bento untuk ke sekolah atau ke tempat kerja.

Bahan-bahan:

- Roti Gardenia sebungkus
- Sardin
- Ubi kentang dipotong dadu
- Bawang besar dipotong dadu 
- Bawang merah
- Bawang putih
- Sedikit perasa (Garam, gula)

Pastikan ada acuan karipap/puff ye..


Cara-cara:
  1. Untuk memasak inti sardin, tumiskan dahulu bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan ubi kentang yang dipotong dadu tadi. 
  2. Agak-agak ubi dah hampir nak empuk (jangan sampai lembik), masukkan isi sardin. Kacau-kacaukan ikan sardin tu biar hancur. Nak tambah air sedikit pun boleh. 
  3. Masukkan gula, garam sesedap rasa dan juga bawang besar tadi. 
  4. Dah siap bahan inti. Ambil roti Gardenia, roll kan terlebih dahulu atau tekan-tekan biar dia jadi nipis macam tepung tu. Masukkan inti sardin tadi ke dalam tu, kemudian tekapkan roti tu pada acuan karipap.

Taraaa.. Hahaha walaupun tak berapa kemas sangat. Hihihi.

Dah siap semua, panaskan minyak dan goreng. Gunakan api perlahan je, jangan terlalu lama sangat.

Hahaha.. Walaupun rupanya tak berapa cantik sangat, tapi rasanya sedap okayy. Untuk memastikan kelim karipap tidak terbuka semasa menggoreng, bolehlah letak sedikit air di bahagian kelim acuan tu, supaya dia melekat. Ataupun bancuh la sikit tepung gandum agak-agak pekat dan letakkan keliling tu sebelum menggoreng.

Kalau nak buat aiskrim goreng guna cara ni pun bolehhhh. Tapi selepas tekapkan ais krim pada roti ke dalam acuan tu, kena letak dalam freezer dahulu biar sejuk beku, kemudian baru goreng. Hihi


Saturday, 30 January 2016

Jahit Shawl Sendiri dengan Mudah

12:11 2 Comments
Perempuan dan tudung/selendang memang tidak dapat dipisahkan. Hehehe ibarat air yang dicincang takkan putus. Seorang perempuan akan ada berpuluh mahupun beratus koleksi tudung tauuu. Haa jangan memain.

Pehhh... Rambang mata nak pilih kaler nii wehh. Rasa macam nak semuaaaa

Salah satu cara untuk yang gila membeli shawl ni menjimatkan kos terutama sekali student adalah beli kain dan jahit sendiri. Dimana kita boleh pilih warna dan jenis kain yang kita sendiri inginkan. Pergilah Jakel ke Kamdar atau mana-mana kedai kain dan haaa pilih. 

Disini aku ingin tunjukkan bagaimana menjahit shawl sendiri. First sekali, korang mestilah tahu menggunakan mesin jahit atau nak hantar kat tailor pun boleh. (Aku pun boleh hihihi). Jenis jahitan yang aku gunakan ialah baby seam untuk jahit kelim shawl kain chiffon. Sebenarnya aku lebih suka jahitan kelim ni di bahagian tepi shawl sebab ia nampak kemas dan senang terbentuk di bahagian muka. Untuk membeli kain wide shawl ni ukurannya ialah 2 meter panjang x 0.7 lebar. Yang penting pergi kedai kain tu cakap la nak 2 meter, sebab lebar tu biasanya kena potong sendiri la.

Sebelum nak jahit tu, lipatlah kelim halus dua kali agak-agak standard la. Kemudian penitikan dengan jarum supaya tak gerak, tambah kalau kain licin. Memang kena hati-hati la. Biasanya jahitan baby seam ni benang dia tu agak lebar sikit laa, berbanding jahitan pakaian. Boleh adjust dekat mesin jahit tu. Kalau ada tapak jahit kelim lagi best laa. Hehe

Aku sertakan video disini. Hehehe

Ini shawl yang aku jahit kelim tepi sendiri :)


Wednesday, 27 January 2016

Membuat Jubah Biasa: Cara Memotong dan Menjahit

11:57 1 Comments
Assalamualaikum..

Ini adalah sambungan daripada belajar membuat pola jubah yang lalu, boleh dilihat disini. Setelah kita dah siap melukis pola, sudah tentu akan memotong kain pula kan. Okay bagi yang tiada asas untuk memotong kain, disini aku akan ajarkan sedikit bagaimana caranya. Pertama sekali, kita mestilah lihat ira  pada kain itu sendiri. Hal ini untuk memastikan kain yang dijahit itu nanti akan terbentuk dan beralun cantik apabila dipakaikan pada badan kita.

Haa.. Inilah tanda untuk kita lihat ira pada kain, ira lurus. Kiranya kain ni diambil menegak la mengikut tanda tu. Kalau kain kosong macam ni pula, kita perlu melihat pada tanda tu juga untuk tahu mana satu bahagian dalam dan hadapan. Biji-biji yang kita rasa timbul dan kasar itu adalah bahagian dalam.

Lipat dua kain macam ni. Kenapa lipat dua? Sebab kita akan ambil bahagian lipatan tu, apabila dipotong, ia akan menjadi lebar la ikut saiz badan kita. Sebenarnya simbol untuk lipatan lebih kurang camni lah hehe tak jadi sangat .'.

Letakkan pola di tepi sama bahagian lipatan tu, cucuk dengan jarum peniti supaya dia tak gerak-gerak. Kemudian ambil kapur jahitan tanda mengikut pola tu dengan basi sebanyak 1 inci di bahagian bawah (garisan lurus), 1/2 inci di bahagian atas (garisan lengkung), begitu juga garisan mengikut kertas suratkhabar kerana garisan basi itulah nanti yang kita akan jahit. Langkah yang sama juga dibuat pada bahagian lengan. 

Dah selesai menanda kain dengan kapur tu semua, bolehlah mula menggunting kain. Tips untuk memotong kain ini ialah masa nak gunting tu, jangan memotong sambil angkat kain ye, biar je kat bawah. Hal ini kerana kain tu akan statik, tak gerak sangat, jadi potongan kita tu takde la senget sangat.

Setelah kain siap dipotong, perlu jahit tepi ye supaya benang dia tak tertetas dan tidak berbulu di bahagian tepi. Ambil gambar waktu malam, terus jadi lain warna lain kain ni effect lampu kot. Hahah

Mulakan dengan jahit cantum kedua-dua belah bahu. Kemudian iron, biar basi terbuka ye. Kalau ada nak buat dart pun boleh, macam aku lebih suka dart di bahagian belakang baju je. Lepastu jahit bahagian leher pula, leher ni sebenarnya bergantung kita nak leher macam mana. Macam aku sendiri buat leher bulat je senang. Nak jahit leher susah jugak, ada cara-cara dia. Aku pulak terlupa nak ambil gambar. Nanti insyaAllah aku tunjukkan
  Ni cara-cara untuk buat leher cekak musang, biasanya kita boleh lihat pada baju kurung

Selepas step di atas, aku dah takde ambik gambar dah sebenarnya. Hihi. So selepas dah siap leher, jahitkan bahagian tepi badan pula. Seterunya jahitkan bahagian lengan baju, kalau nak mudah, iron dulu supaya kita nampak line yang terhasil. Kemudian cantum dan jahikan lengan baju di bahagian lubang lengan pula. Dekat sini memang agak mencabar sikit, so memang kena hati-hati dan jahit betul-betul la. Last sekali, jahit laa kelim di bahagian bawah kain dan di hujung tangan. Seeloknya, selepas dah jahit tu, kita iron lah sebab baru nampak cantik dan kemas. Basi biar terbuka untuk pakaian perempuan.

Inilah hasilnya yang telah siap dipakai olehku. Hihihi. Jubah A cut yang simple


Tuesday, 26 January 2016

Pantai Pasir Berdengung

23:03 4 Comments
Sebenarnya aku rasa macam nak perkenalkan beberapa pantai yang agak menarik di Langkawi di dalam blog ni. Aku sangatlah berminat mengambil gambar-gambar pemandangan, alam, sunset semua tu. I feel the nature. Gittewww... Dan aku memang amat sukakan pantai :) 

Jadi, aku rasa untuk mengabdikan beberapa siri gambar setiap pelusuk pantai yang aku pergi di Langkawi ni di sini . Hahah. Kalau dekat Instagram tu ada je, tapi takkan la aku nak letak gambar setiap semua sudut di tempat yang sama. Mana tahu ada yang tercari-cari pantai menarik di Langkawi ni, bolehlah cuba datang ke sini pula. :)

Aku mulakan dengan pantai yang paling hampir dengan rumahku iaitu Pantai Pasir Berdengung. Hahaha nama macam dalam cerita P. Ramlee tu kan. Pantai ini sebenarnya tidak menjadi tarikan sangat la dekat sini, tapi aku suka sebab ada elemen unsur alam. 

Ni laluan masuk untuk ke dalam. Yang macam rumah tu ialah homestay yang masih lagi dalam proses pembinaan. Abah aku cakap, dulu-dulu orang takut nak bina sebab kawasan ni pernah kena Tsunami agak teruk jugak pada Disember 2004.

Ni kawasan pantai nelayan mencari rezeki.

Kerang dan siput. Hihi

Masa aku pergi ni air laut tengah surut. Kadang tu ramai juga yang cari siput disini.

Pokok nyoq senget. Hahah siap ada bangau lagi

Pokok kelapa memang amat sinonim di tepian pantai

Sedap dok bawah pokok ni sambil dibuai angin laut. Fuhhhh

Waktu petang dekat sini ramai budak-budak laki suka melepak. Haihh geram jugak aku. Nasib la aku mai waktu pagi

Cantik kan? Tenang je bila kita tengok. Nanti kalau aku datang sini lagi, akan ku update gambar. Hehehe


Monday, 25 January 2016

No Bake Oreo Cheesecake

20:55 0 Comments
Hai... Disebabkan masih ada lebihan cream cheese yang lalu, maka aku decide untuk buat Oreo Cheseecake yang tidak menggunakan oven. Hihi. Sangat mudah ye dan bahan pun simple, bolehlah cuba buat sendiri. 


Bahan-bahan: 

- Sedikit butter
- Sepeket Oreo
- Susu pekat
- Cream cheese
- Whipping cream 

Ingat nak ambil gambar bahan-bahan ni tapi sebab nampak dah tak cantik sebab bungkusan plastik semua dah bukak. 

Cara-cara:

  1. Hancurkan biskut Oreo, sampai dia jadi halus dan kecik-kecik. Tinggal dalam 3-4 keping biskut Oreo untuk tabur di atas masa last nanti. 
  2. Separuh Biskut Oreo yang dah dihancurkan tadi campurkan dengan butter yang telah cair dipanaskan. 
  3. Ratakan sampai ianya jadi mampat di dalam bekas. Ini untuk bahagian base nya ye. 
  4. Masukkan ke dalam freezer dalam 30 minit supaya base di bawah ini jadi keras.
  5. Putarkan cream cheese bersama susu pekat dan whipping cream, sampai jadi gebu hihi. Rasa manis ikut keselesaan ye. Nak masukkan sedikit esen vanilla pun boleh, tapi aku terlupa pulak. Heee
  6. Macam aku sendiri, tak suka masukkan krim yang dekat biskut Oreo tu sebab rasanya agak manis. So terpulang la kalau ada yang nak masukkan sekali krim tu pun boleh. Kalau nak gantikan susu pekat dengan gula pun boleh jugak.
  7. Masukkan lebihan biskut Oreo yang telah dihancurkan tadi ke dalam adunan cream cheese semua tu. Kacau sebati. 
  8. Kemudian masukkan di atas base biskut Oreo yang telah disejukkan tadi. 
  9. Bolehlah ambil beberapa keping biskut Oreo dan patahkan untuk ditabur di atas. 
Disebabkan ini non bake, jadi memang enak di makan apabila sejuk. Jadi, sejukkan di dalam             freezer lebih kurang 5-6 jam atau semalaman. Makan time cuaca panas-panas ni memang pehh laa. Ala-ala ais krim gituuu.


Kalau nak lebih faham details lagi, bolehlah rujuk video di bawah ni. Lebih kurang je.



Sunday, 24 January 2016

Menjahit Jubah Biasa: Cara Membuat Pola

13:32 0 Comments
Assalamualaikum... 

Kali ni rasa nak berkongsi bagaimana cara untuk menghasilkan sepasang jubah  simple atau jubah A cut yang mudah ye. Bila dah betul-betul mahir jubah ni boleh la buat jubah yang fesyen-fesyen lain, princess cut ke. Kiranya basic jubah tu bermula daripada sini laa. Sebenarnya untuk melukis pola ni, aku ada merujuk di sini, dan juga nota semasa aku belajar menjahit dahulu. Untuk menghasilkan baju kurung moden pun sebenarnya menggunakan pola ni juga cumanya labuh je yang berbeza. Sebelum membuat pola ni mestilah kena ada, kertas minyak/surat khabar, pembaris lengkung, dan pensel.

Mulakan melukis pola (Ukuran menggunakan INCI ye)
POLA HADAPAN

A ke B  : Ukuran labuh jubah (Ukur daripada bahu ke bawah kaki)

A ke C  : Ukuran bahu  dibahagi 2

A ke F  : Ambil ukuran keliling dada dibahagi 4 dan ditambah 1 inci (bahagian ketiak)

A ke I   : Ukuran daripada bahu ke pinggang 
               (Standard ukuran paras pinggang ialah 14 ½ inci atau 15 inci) 

I ke J    : Ukuran daripada pinggang ke punggung 
              (Standard ukuran paras punggung ialah 8 inci atau 9 inci)

I ke K   : Ukuran keliling pinggang dibahagi 4 dan ditambah 1 inci

J ke L   : Ukuran keliling punggung dibahagi 4 

B ke M : Ukuran keliling punggung  dibahagi 4 dan di tambah 5 inci 
               (Ikut keselesaan kalau nak kain lagi kembang boleh ditambah lagi) 

A ke D  : Ukuran keliling leher 2 ½ inci 
               (Ini bergantung pada jenis leher sama ada leher bulat atau lain, boleh di adjust)

C ke E   : Turunkan 1 inci 

F ke G   : Ukuran keliling dada dibahagi 4 dan ditambah 0.5 inci

C ke H   : Gariskan lurus

M ke N : Naikkan 1 inci. Gariskan menggunakan pembaris lengkung. Hal ini kerana apabila kain                        beralun, ia masih tetap sama. 

Untuk membuat garis lengkung di bahagian lubang lengan, dapatkan titik tengah antara E ke H, kemudian gariskan menggunakan garis lengkung seperti rajah di atas. Disini mempunyai banyak cara, ada yang keluarkan beberapa inci untuk membuat garisan lengkung.

POLA BELAKANG

Bagi mendapatkan pola belakang pula, boleh menggunakan pola yang sama. Hanya perlu lebihkan dalam 1 atau 1/2 inci. Bahagian leher juga perlu di adjust mengikut kesesuaian leher pada pola hadapan. Begitu juga di bahagian lubang lengan. 

Aku lukis rajah pola di atas menggunakan Microsoft Word, so tak berapa nak jadi sangat la. Hihi


0 ke 1 : Ukuran labuh lengan, garis lurus

0 ke 2 : Ukur keliling dada dibahagi 8 (Biasanya ukuran 4 atau 4.5 inci)

2 ke 3 : Ukur keliling dada dibahagi 4

1 ke 4 : Bukaan lengan dibahagi 2

Gariskan 0 ke 3 dan dibahagi 4. Tandakan di antara garisan 5, 6, 7, 8

Keluarkan 5 ke 7 sebanyak 1/2 inci, begitu juga masukkan 6 ke 8 sebanyak 1/2 inci

Bentukkan semua seperti di atas, guna pembaris yang bersesuaian


Hasilnya apabila digunting, akan dapat begini ye. Yang lengan tu pun sama, gunting je ikut garisan lengkung.

Nanti kalau rajin, aku sambung la cara nak memotong kain ke, menjahit ke. Hikss

SELAMAT MENCUBA :)

Tuesday, 19 January 2016

Nest Rooftop

23:41 0 Comments
Haii.. Entry kali ni lebih kepada "biar gambar berbicara" hehehe. Petang tadi aku pergi la ke satu tempat yang masih baru lagi dibuka di Langkawi ni, yang mana telah mendapat sambutan agak ramai. Taktahu la sama ada sebab masih baru lagi ke apa. Nest Rooftop ini berkonsepkan kafe santai (ala-ala hipster jugak kot), sambil menikmati view sekitar Pantai Chenang dan juga sunset. Dah nama pun rooftop mestilah berada di bahagian paling atas kan, so kena la naik banyak juga tangga untuk sampai ke atas ni. Aku datang sini dalam pukul 5.45 petang, tapi still panas lagi kan sekarang, so gambar yang diambil memang nampak la bayang-bayang. 

Ni bahagian minuman. Yang perempuan tu semua pelayan kat sini ye. Haha tempat Mat Salleh ni biasa la kan

Ini pulak bahagian kitchen dekat belakang

Matahari memancar tepat ke sini, tapi sayang tak sempat nak tengok sunset di sini. Yelah takkan nak duduk tunggu sampai Maghrib huhu

Nice place to visit sambil lepaking 

Ini rumput tiruan ye, sebab tu nampak hijau cantik je. Aku ingat nanti nak tanam rumput macam ni la senang hehe

View sekitar Pantai Chenang (Pantai wajib singgah kalau datang ke Langkawi)

Disebabkan kafe ala-ala hipster ni, aku hanya mampu order Ice Lemon Tea sahajaaaa

Haa boleh duduk baring-baring hahah. Konsep kayu pallet yang menjadi ikutan sekarang ni, dulu orang tak pandang pun. Sekarang siap boleh jadi backdrop pelamin bagai

View daripada atas rooftop. Aku tak berani nak ambil gambar bawah tengok jalan, entah rasa macam nak terjatuh fon. Hahah

Siap ada projektor LCD lagi heheh. Tak silap aku malam ni ada macam tayangan movie. Silent Cinema ke apa tah kat sini, sebab tu sediakan headphone untuk dipakai

Tikaq, bantal semua dah siap ada. Boleh laa berpicnic

Kalau ada yang bawak anak-anak kecik tu bolehla bagi diorang main disini :)

Okay. Kepada sesiapa yang ingin datang ke Langkawi, bolehlah mencuba untuk ke sini. Ataupun orang Langkawi sendiri pun boleh hehe. Boleh rujuk dan Like Facebook Nest Rooftop - Langkawi nombor telefon kalau ada nak reserve pun disediakan situ. 


Cara Membuat Cheesekut

00:14 0 Comments
Assalamualaikum. 

Memandangkan sekarang ni aku tengah cuti semester selama sebulan lebih ni, dan hanya duduk di rumah sahaja. Jadi apa lagi, haruslah menikmati makanan-makanan di sini dengan sepuasnya. Hahaha. Tetiba baru-baru ni ada kawan aku WhatsApp camni: 

Hahaha.. Harap-harap laa dia tak baca blog ni. Suka panggil aku Mahsuri
Hehehe rasa malu pulakk weh, siap mintak resepi.. sebab haritu aku ada buat dan bawa balik ke UUM. Bagi la beberapa orang kawan aku kat sana untuk merasa. Depa kata sedapp.. Heeee taktauu laaa.

Jadi aku rasa ingin berkongsi beberapa resipi di dalam blog ni, mungkin sepanjang cuti ni kalau aku ada main masak-masak, akan ku cuba kongsikan resepi di sini. Hahaha. Tapi jenuh jugak nak snap gambar. *bajet macam pandai je kan*  

First sekali, mestilah bahan-bahannya: 

- Cream cheese 
- Susu pekat 
- Biskut Deluxe Cracker
- Susu Dutch Lady full cream 
- Nestum/Milo/Oreo 


Yang macam dalam bekas tu adalah susu pekat jenama Dairy Champ hehe sebab aku dah bukak penuh tin dia. Orang kata kalau tin susu yang telah dibuka ni tak elok kalau simpan balik dalam peti sejuk sebab boleh jadi karat tu akan bercampur. Kalau taknak guna biskut Deluxe Cracker tu pun boleh, gunalah biskut Hup Seng empat segi yang selalu celup minum dengan air teh tu. Heheh. Nestum tu yang lebihan tak habis masa kat UUM haritu hahah. Nak guna cream cheese lain pun boleh yang sedap jenama Philadelphia kot, tapi mahal sikit laa. 

Langkah membuatnya semudah ABC hehe: 
  1. Putarkan cream cheese bersama susu pekat. Ikut tahap manis ye nak letak banyak mana. Kalau takde mixer, guna blender pun boleh. Masukkan bersama susu Dutch Lady dalam dua sudu besar, teruskan putar sampai gebu. Hihi 
  2. Kemudian, celupkan biskut ke dalam susu Dutch Lady. Biar lembap je okay, bukan sampai lembik. 
  3. Dah lembap biskut tu, susun la atur ke dalam bekas. Lepas tu, ratakanlah bahan cream cheese yang telah diputar tadi ke atas biskut. 
  4. Taburkan Nestum, atau korang nak rasa lain pun boleh, Milo ke Oreo ke. 
  5. Ulang langkah 2 hingga 4 sampai penuh bekas. Nampak layer kan. 
  6. Dah selesai, masukkan ke dalam peti ais. Sejukkan dalam beberapa jam, dan boleh di makan. 
Boleh refer gambar di bawah ni ye :) 



Sunday, 17 January 2016

Pengalaman Menderma Darah

17:18 0 Comments
Assalamualaikum.

Di usia aku yang baru menginjak 22 tahun ni, aku dah 3 kali menderma darah sejak umur aku 18 tahun. Sebelum aku layak menderma lagi, aku memang dah berminat dan teruja untuk menderma darah ni. Taktau kenapa, mungkin semangat ingin membantu dan menyelamatkan nyawa orang tu telah wujud. Cewahhh. Masa sedang scroll Twitter semalam, aku nampak laa tweet doktor yang mempromosikan #KempenDermaDarah ni kepada orang ramai. Jadi aku berasa terpanggil untuk menceritakan sedikit pengalaman menderma darah ni, disamping boleh mengajak masyarakat di luar sana untuk menderma darah.

Semasa kali pertama menderma darah tu aku menderma di Langkawi, yang mana anjuran Pejabat Pelajaran Daerah dengan kerjasama LADA. Dah laa pergi dengan pakai baju sekolah sebab masa ni aku Form 6. Hahah. Ingat lagi time tu pagi dan orang siap sedia makanan lagi, kira macam sarapan laa, dengan bihun goreng, kuih-muih lagi. Aku pulak masa tu first time, dengar pulak orang kata sebelum menderma darah ni kena makan banyak takut nanti pengsan. Aku pun apa lagi, memang makan banyak jugak laa heheh. Kemudian kena isi borang tentang tahap kesihatan kita. Lepas tu, nurse akan ambik darah untuk lihat kategori darah kita. Masa ni buat pertama kalinya aku tahu jenis darah aku. Darah A+ rupanya heheh. Then, pergi kat bahagian doktor pulak dia check tekanan darah. Tahap haemoglobin darah yang sesuai untuk menderma ialah minimum 12.5 gm%. Kalau kita tak lepas ni memang tak dapat la nak menderma. Kalau darah kita cair atau pekat sangat pun tak boleh jugak. Jadi aku pun pergilah ke fasa yang terakhir, iaitu nurse akan cucuk ambil darah. Huhuhu. Satu beg tu wehhh. Tips aku untuk orang yang nak menderma tapi takut darah, jangan laa tengok masa nurse tu cucuk. Kalau tengok memang laa seriauu. Macam aku sendiri pun aku tak sanggup nak tengok. Heheh.
Ni dapat masa first time menderma dan masih terletak elok di atas meja. Hihi
Kali kedua aku menderma darah adalah di Tesco Mergong, Alor Star. Masa tu nak pergi kedai buku Popular, kebetulan nampak team Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah tengah buat derma darah di depan kedai buku tu. Aku pun rasa nak menderma la sebab dah lebih setahun aku tak menderma darah, then terus pergi isi details, check semua, dan aku pun layak untuk menderma darah.

Kali ketiga aku nak menderma darah adalah semasa di UUM sendiri, masa ni kemain yakin dan bersemangat nak menderma, lepas isi borang tu, pergilah ke bahagian nurse untuk ambil sedikit darah. Lepas dia check darah aku tu, tetiba dia kata aku tak boleh menderma sebab darah aku cair. Huhuhu. Terkejut jugak aku masa ni, sebab sebelum ni dah dua kali aku telah menderma. Kemdian dia bagi aku vitamin dan asid folik untuk makan. Balik tu terus aku google kenapa darah cair, lalu terjumpa dengan satu gejala yang dipanggil Anaemia iaitu kekurangan jumlah sel darah merah atau kandungan haemoglobin didalam darah. Macam kes aku sendiri ni, lebih kepada faktor pemakanan la, mungkin aku kurang makan sayur, makanan yang mengandungi zat besi, vitamin semua tu. Lepas tu terus aku makan vitamin yang diorang bagi tu dan banyakkan makan sayur. Hahah

Kali keempat aku menderma darah adalah di UUM juga, masa ni memang elok laa aku pun baru lepas makan tengah hari, then nampak ada program derma darah. Lepas aku dah isi borang tu, aku cakap la kat nurse tu, "Nurse masa sebelum ni saya nak derma darah, tapi tak lepas sebab darah saya cair, tapi saya dah dua kali menderma". Nurse tu pun jawab la "Okay takpa mai kita check tengok dulu, makan dak vitamin yang depa bagi" Aku pun jawab laa makan. Lepas tu, Alhamdulilah darah aku dah normal kembali, check blood pressure semua okay dan aku layak untuk menderma darah. Tetiba masa nak cucuk tu, nurse perempuan tu cakap ke aku "Ishh, awat yang tangan lembut sangat ni, nak cari urat pun susah" dia pun cakap laa kat kawan nurse dia yang lain. Diorang kata aku ni dok belajaq jaa, tak buat kerja berat hahah. Tapi jumpa jugak la lepas diorang spray apa entah, lalu aku pun dicucuk.


Kali kelima aku nak menderma darah adalah di program luar universiti aku bersama masyarakat kampung. Masa ni sebab tengok kawan-kawan aku pun menderma, aku pun ikutlah sekali. Setelah isi borang, di check darah semua tu dan aku pun layak, maka baringlah aku di atas tu. Datang la nurse lelaki ni nak cucuk, tetiba dia nampak aku punya details asal Langkawi. Terus dia tanya aku duduk mana apa semua. Hahaha rupanya dia pun orang Langkawi jugak. Lepas tu terus dia pass kat kawan dia untuk cucuk aku. Dia kata dekat kawan dia lebih kurang camni, "Orang kampung aku ni, tak berani la" Hahahah aku punn berkata dalam hati "Laaa kawan nii, pasaipaa". Bila kawan dia tu mai nak cucuk aku, maka cari laa urat aku tapi tak jumpaaa. Huwaaaaa :( sampai dia spray pun tak timbul juga katanya. Sebelum ni memang aku dah biasa untuk cucuk tangan sebelah kiri, so dia cakap aku cuba tukar tangan kanan pula. Aku pun ikut la, tapi sebelah kanan ni pun sama jugakkk, tak jumpa juga uratnyaa, sampai lebam dia cucuk akuuu. Wuuwuwu. Apa yang aku boleh katakan, nurse lelaki ni cucuk sakittttt, sebelum ni aku tak pernah terasa sakit sangat. :'( sampai diorang pun tegur muka aku dah nampak merah. Bila dah jadi macam ni, aku kata takpelah mungkin takda rezeki, dah laa sakit pastu lebam pulakk. Diorang suruh cari ais letak kat bahagian lebam tu, aku pun pergilah cari nasiblah memang ada. 

Jadi, itulah beberapa pengalaman aku semasa hendak menderma darah. Daripada 5 yang aku pergi, hanya 3 sahaja yang dapat aku dermakan. Huhuhu. Berkenaan urat aku yang susah nak jumpa tu mungkin la aku ni kulit tebal sikit dan jarang buat kerja berat hahaha. Tapi yang pasti aku taknak dah lepas ni kalau nurse lelaki. Semalam aku ada la bertanya berkenaan urat ni di Twitter:

Hahaha. Kemain jawapan Dr. bagi

Kalau korang ada sebarang kemusykilan tentang kesihatan bolehlah follow diorang ni dan ajukan soalan. #MedTweetMy yang mana terdiri daripada doktor pakar pelbagai bidang, di samping boleh menambah ilmu. Sebenarnya, banyak manfaat apabila kita menderma darah ni, hilangkanlah rasa takut dan mitos di dalam diri itu. Menderma darah tidak menyebabkan kegemukan, malah dapat menghasilkan darah baru dalam badan.

Apabila pertama kali menderma darah, kita akan diberikan buku merah kecil di mana buku ini akan merekod setiap kali kita menderma darah. 

Ini adalah buku kedua aku hahah sebab dah pernah hilang sebelum ni 

Apa yang bestnya setiap kali menderma darah ini ialah kita akan diberikan sijil penghargaan dan sedikit makanan ringan yang terdiri daripada air kotak, snek, biskut dan sebagainya. Hehehe kira okay laa tuu kann. Untuk menderma darah ini sebenarnya banyak kriteria dan syarat yang telah ditetapkan sebelum kita layak menderma. (Boleh rujuk di sini) Bagi aku, walaupun ada sesetengah orang yang tidak melepasi kriteria yang telah ditetapkan untuk menderma darah, namun jika ada niat untuk membantu orang dengan menderma darah, itu sudah cukup mulia. 

"Every blood donor is a HERO"

Friday, 15 January 2016

Inai di Jari

21:59 0 Comments
Ada sini yang suka pakai inai jugak macam aku? Kalau ada, kita geng laa. Hehehe 
Sebenarnya taktau kenapa sejak tahun lepas lagi aku suka bila tengok kuku aku berwarna. Bila tengok kuku kosong putih je tu rasa macam "alaaa...tak bestttt". Jadi setiap 2-3 bulan sekali tu mesti aku akan pakai inai bila berada di rumah. Walaupun biasanya pemakaian inai ni selalu dikaitkan dengan kahwin. Hahaha 

Tapi... Inai yang aku selalu pakai ni hanyalah inai pokok sahaja. Nasiblah dekat-dekat rumah aku ni ada orang tanam pokok inai. Memang aku selalu laa pi ambik bila nak pakai. Aku tak suka pakai inai yang segera tu, tak kisah laa tiub ke celup ke apa ke. Yang tiub tu sebab bagi aku takkkk cantikkk dekat kuku, walaupun warna dia terang jugak tapi bertahan hanya sekejap je. Begitu juga dengan melukis inai di tangan, aku tak berkenan jugak. Masa nak dekat hari raya tu ramai orang dok berminat nak lukis inai tu, siap penuh orang beratur aku tengok. Memang laa nampak cantik corak-corak dia, tapi entahlaa. Hihi setiap orang citarasa berbeza. 

Bila guna inai pokok ni selepas diperisi daun daripada tangkai mestilah kena tumbuk atau blend. Macam aku sendiri mestilah tumbuk dalam lesung batu tu. Hahah. Mak aku memang takde nya nak bagi guna blender. Lagipun kami ada dua lesung batu, kiranya tak bercampur la dengan lesung batu yang tumbuk sambal semua tu. 


Haa...ada ke sini yang tak kenal rupa daun inai? Yang kat atas ni laa, gambar google jelah hehe. Nama saintifiknya ialah Lawsonia inermis. Aku juga ada terbaca yang daun inai ni banyak juga khasiatnya, cuma sejauh mana keberkesanan tu taktahu laa. Orang kata, daun pokok inai ni tak semuanya akan menghasilkan warna inai di jari yang merah, ada juga yang warna seakan oren. 
Macam aku sendiri bila nak pakai ni, aku akan pilih daun yang muda dan memang aku takde campur-campur bahan lain selain air untuk memudahkan ditumbuk. Macam sesetengah orang kan ada petua nak bagi inai nampak merah. Pemakaian inai juga selain nak menyerikan jari, ia juga boleh merawat kuku yang rosak.


Hehehe.. Nak bagi naik dan nampak warna inai tu, jadi ambik laa gambar dekat daun hijau. Orang yang selalu pakaikan aku inai ni mestilah mak aku yang tersayanggg. Walaupun selalu jugak ada sedikit comot dan tak kemas sangat, tapi takpelah. :)


Biasanya aku akan pakai waktu malam dalam tempoh 2 jam je. Hahah tak kuasa lama-lama, kadang tu sampai tertido. Bangun-bangun esok tu dah terlucut sendiri. Kalau aku tanggalkan inai tu malam tu juga, selepas dah basuh jari tu, memang tak nampak warna merah lagi, nampak warna macam oren-oren. Bila keesokan pagi tu barulah nampak jari tu dah jadi warna merah macam gambar di atas. Hihi. Mungkin sebab dia baru serap kot.

Trend pemakaian inai semasa majlis kahwin juga tidak begitu asing lagi sekarang bersama dengan inai yang dilukis di tangan. Dah macam kewajipan aku rasa, siap ada juga yang buat malam khas yang dipanggil "Malam Berinai". Tapi macam dah disebutkan tadi, aku tak berkenan yang lukis-lukis tu. Jadi, bila aku kahwin suatu hari nanti pun, memang nak pakai inai ni di jari macam ni sahaja. Sebab itu yang suka. :)

Hikks.. Cantikkk.. Suka simple macam ni sahaja