Follow Us @syahbinar

Tuesday, 30 January 2018

Tahun 2018

23:41 0 Comments
Assalamualaikum.

Dah lamaaa sangattt biarkan blog ni. Huhuhu. Malasss yakmattt. Kadang taktau nak bercerita tentang apa. Ini merupakan tahun ketiga aku menggunakan blog di bawah domain syahbinar dot com. Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh pihak penaja. hahaha terima kasih bebanyak lahh kerana sudi menaja. 
Sebenarnya, aku pun taktau nak menulis apa ni.. dan mungkin lepas ni blog ni banyak perkongsian tentang resepi kot sebab sekarang ni aku banyak menggunakan medium Instagram. Tapi aku ada terbaca kalau perkongsian di website ni lebih user friendly sikit, sebab kebanyakan kita akan menggunakan Google Search untuk mencari sesuatu. 
Tapi nanti bila aku ada sebarang idea untuk menulis nanti aku cerita lah disini. Doakan semoga aku terus diberikan semangat untuk mengemaskini blog ini. Blog ni pun masih lagi dalam maintenance, sebab aku pun pening dan dah lupa dah dekat mana nak godek-godek setting untuk layout semua ni. 

Sekian itu sahaja buat kali ni. 


Tuesday, 8 August 2017

Jahit Tepi Menggunakan Mesin Portable

14:18 0 Comments
Hai. Bagi sesiapa yang beginner dalam jahitan atau hanya tahu basic untuk menjahit sahaja, bukanlah sebagai tukang jahit profesional yang mengambil upah menjahit. Sekiranya anda mempunyai mesin jahit portable, anda boleh menggunakan mesin jahit tersebut untuk jahit ditepi kain. Mudah kan, tidak perlu keluar ke kedai untuk pergi jahit tepi. Sememangnya mesin untuk jahit tepi adalah agak mahal harganya. 

Kenapa perlu jahit ditepi kain? Hal ini untuk memastikan apabila kain yang telah dipotong tidak berbulu, dan menjadi kemas. Hasil jahitan tepi menggunakan mesin jahit portable ini tidaklah sekemas mesin jahit tepi, tetapi bolehlah dimanfaatkan.

First sekali, mesin jahit portable itu mestilah mempunyai jahitan zigzag (nak lagi kemas jahitan zigzag atas/bawah) dan yang penting sekali menggunakan tapak mesin jenis overlock. Bagi yang takde, boleh dibeli ya. 

Ini aku share salah satu penjual tapak mesin jahit secara online: Tapak Mesin Jahit

Ini adalah contohnya, kain jenis cotton lebih mudah

Untuk lebih faham jelas lagi, boleh lihat video dibawah ini atau boleh search sendiri di youtube.



Monday, 7 August 2017

Keajaiban Dhuha

11:38 0 Comments
Assalamualaikum.


Dah lama tak post yang berilmiah sikit hoho. Kali ni aku nak berkongsi tentang keajaiban melakukan solat sunat Dhuha. Selain menunaikan solat fardhu lima waktu sehari, apakata kita cuba selitkan sedikit solat sunat dalam kehidupan seharian kita. Ditambah pula dengan amalan sedekah yang dilakukan oleh kita. InsyaAllah, moga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan dan diberkati oleh Allah. Solat Dhuha seringkali dikaitkan dengan rezeki. Namun sebagai hamba-Nya, kita beribadah adalah sebagai tanda kehambaan, cinta, dan pengharapan kepada-Nya. Untuk rezeki pula, usaha kita perlulah seiring dengan doa dan ibadah kepada-Nya. 

Boleh rujuk panduan Solat Dhuha lengkap disini:  Cara Solat Sunat Dhuha dan Doanya                                                    
Macam mana pula kalau tak sempat buat Solat Dhuha?
Jangan risau, korang boleh je baca Doa Dhuha ataupun dengar yang versi nasyid daripada kumpulan UNIC lebih sedap dan mudah untuk follow.

Sebenarnya, aku masih lagi baru mengamalkan solat ini dan aku dapat lihat beberapa perubahan dalam kehidupan aku sepanjang melakukan solat sunat dhuha ini. Alhamdulillah. Syukurr.
Ada perkara-perkara di sekeliling aku yang dipermudahkan, begitu juga dengan rezeki yang datang, dan apa yang diinginkan juga kesampaian. 
Rezeki Allah itu luas, kadangkala DIA tak salurkan terus kepada kita, tetapi melalui orang di sekeliling kita (keluarga) dengan dipermudahkan urusan mereka.
Maka nikmat Tuhan mana yang kamu dustakan?

Aku sedang merancang sesuatu untuk hidup aku dan masa depan, doakan semoga semuanya dipermudahkan ya.

Boleh juba baca confession ini (Ajaibnya Solat Dhuha)


Sunday, 6 August 2017

Mencari Siput di Datai

10:49 0 Comments
Semalam aku berkesempatan untuk pergi mencari siput di Datai. Datai ni terletak di penghujung Langkawi, kiranya memang jarang la orang nak datang atau lalu lalang disini, sebab jauh nun disana. Tapi tempat ni memang biasa menjadi port untuk memancing dan mencari siput, mungkin disebabkan ketiadaan orang di sekitar sini. Orang yang nak datang ke sini pun agak jauh. Tempat ni cantik juga, tapi sayang aku tak banyak sangat mengambil gambarnya. Alahaii. Huhuhu

Sebenarnya aktiviti mencari siput ni pernah aku lakukan sewaktu kecil dahulu di pantai berdekatan dengan rumah aku juga. Sekarang ni kawasan pantai tu dah dibangunkan, mungkin siput pun dah pupus, hahaha. Hampir berbelas tahun jugak la aku tak pernah mencari siput ini. Apabila sampai ke sini, agak kekok jugak aku sebab pada dahulunya aku mencari siput ni, hanya korek-korek pasir je. Ni kena korek-korek di celahan batu pulak, dekat setengah jam juga aku dok menguis pasir tak jumpa siput. Hahaha. Bila dah jumpa tu rasa macam seronok pulak. Hihi. Tapi bila kena duduk lama tu rasa lenguh pulak badan-badan ni.

Oh yaa, masa aku sampai ni lebih kurang pukul 4 petang dan cuaca yang agak panas. Huhuhu. Tapi memang ada orang yang dah sampai lagi awal tengah mencari siput jugak. Fuhhh. Siap bertopi, berpayung bagai. Ada juga yang datang untuk bermandi manda siap berkelah lagi. 
Untuk datang mencari siput ni bukan terus datang je ye, kena tengok pasang surut air laut. Jadi kena la datang waktu air surut, kalau dak nak korek cari siput macam mana dalam air tu? Sebab tak nampak.

 Sini pantainya batu-batu jenis ni, memang agak sukar jugak la nak berjalan, sebelah ni ada padang golf

Kita akan mencari siput di celahan batu tu ye dan korek-korek pasirnya. Di celahan batu ni pula ada anak ketam, udang. Haaa yang siput lekat di batu tu namanya siput mata lembu, boleh dimakan jugak.

Nampak tak kegigihan I mencari siput tu walaupun berpanas. Skill tu yang penting. Kahkah. Barulah dikatakan anak pulau ye dak?

Inilah hasil kutipannya, setelah hampir dua jam aku berada di situ. Kepada yang taktau, siput ni hidup di persisiran pantai (dalam pasir), sama juga seperti siput lala. Setelah kita mengutipnya, haruslah dibersihkan pasir yang melekat dengan air masin dan diisi bekas tu dengan air masin juga untuk dibawa pulang. Hal ini bagi memastikannya tidak cepat mati dan membolehkan siput mengeluarkan pasir sendiri yang terdapat di dalamnya. 

Rupanya setelah dimasak cili/pedas. Apa nama siput ni aku pun taktau haha. Nak macam siput remis.
Resepinya mudah je, tumis bawang dan serai, masukkan cili kisar, sos cili, dan sos tiram, perasakan dengan gula, boleh juga tambahkan daun limau purut dan sedikit air. Tak perlu tambahkan garam pun takpe, sebab dah masin air laut. Kemudian masukkan siput ni. Jangan kacau lagi, biar sehingga dia terbukak sendiri barulah dikacau.

Sunday, 9 July 2017

Daging Masak Merah

12:28 0 Comments
Lama tak update resepi. Jadi terimalah masakan ini.

Bahan-bahan:
  • Daging lembu hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 1 sdb cili kisar
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb sos ikan
  • 1/4 cawan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 batang lobak merah dihiris (Sayuran lain pun boleh)
  • Cili dipotong
  • Daun sup
Cara-cara:
  1. Rebus daging bersama pewarna merah dan air rebusan berwarna merah boleh disimpan sedikit. Kemudian, hiris daging nipis.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, gorengkan daging biar sedikit garing. Ketepikan.
  3. Tumiskan bawang putih tadi sehingga naik bau, masukkan cili kisar. Kacau sehingga cili agak garing, seterusnya masukkan sos tiram, sos ikan, sos tomato. Kacau kesemuanya. 
  4. Masukkan lobak merah, daging, cili yang dihiris, dan bawang besar. Perasakan dengan gula dan garam.
  5.  Kacau, dan biar sehingga masak.
  6. Hiaskan dengan daun sup, dan sedia dihidangkan.